Puding memang sedap lebih-lebih lagi jika dimakan sejuk. Malah rupanya yang berwarna-warni menjadikan hidangan ini sesuai dijadikan buah tangan dan juga sajian pencuci mulut untuk majlis-majlis istimewa. Puding Biskut Marie ni memang best. Mana tidaknya, resipi sangat ringkas dan guna santan kotak je! Bagi yang ada stok santan dekat dapur tu, bolehlah pakat cuba.

 

PUDING BISKUT MARIE

 

BAHAN-BAHAN:

1 paket biskut Marie – warna putih/ perisa original

10gm serbuk agar-agar ( 1 paket)

4 cawan air

IKLAN

1/2 cawan gula

2 sudu makan susu pekat manis – optional

1 biji telur

1/2 cawan susu cair

1/2 cawan santan kotak – campur sedikit air

IKLAN

1/2 cawan tepung kastard

2 sudu makan mentega atau marjerin – empunya resipi guna marjerin sahaja

Esen vanila dan esen pandan secukupnya

Secubit garam

Pewarna hijau dan kuning secukupnya

IKLAN

 

CARA MEMASAK:

  1. Satukan telur, susu cair, santan dan tepung kastard. Pukul hingga tidak berketul.
  2. Dalam periuk berlainan, masak agar-agar bersama air hingga larut. Kemudian tambahkan mentega atau marjerin.
  3. Seterusnya masukkan bahan-bahan yang dipukul tadi. Masak hingga sedikit pekat sahaja dan jangan sampai pekat sangat.
  4. Tambahkan esen vanila dan garam. Gaul rata dan padamkan api.
  5. Basahkan loyang dengan sedikit air. Kemudian bahagikan adunan kepada dua bahagian.
  6. Warna setiap satu bahagian dengan warna kuning dan hijau. Dalam adunan hijau, tambahkan esen pandan dengan secukupnya.
  7. Untuk melapis puding, tuang sedikit adunan kuning ke dalam loyang. Ratakan.
  8. Kemudian susun biskut marie diatasnya. Biarkan puding mengeras seketika. ( empunya resipi letak dalam peti sejuk).
  9. Seterusnya tuang pula adunan hijau dan susun biskut. Biarkan adunan mengeras.
  10. Ulang langkah sama hingga habis adunan.
  11. Sejukkan puding di dalam peti sejuk selama 2 jam sebelum dipotong.

 

 

TIP MUDAH KELUARKAN PUDING DARI LOYANG

  • Lapisan puding yang pertama kena sedikit tebal dan betul-betul memenuhi permukaan loyang. Barulah ia mudah dikeluarkan selepas dipotong.

 

Kredit resipi & foto: Raja Amanina

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI