Sedapnya pizza resipi perkongsian saudari Wan Hidayu ni. Hanya guna roti sandwic dan beberapa bahan-bahan mudah yang lain sahaja. Memang jimat. Sesuai sangatlah dihidangkan untuk anak-anak. Boleh dijadikan sajian minum petang, makan malam atau bila-bila masa yang sesuai. Nak dijadikan bekal ke sekolah pun sedap.
RESIPI PIZZA ROTI SANDWIC
BAHAN-BAHAN:
- Roti sandwich
- Keju cheddar
- Keju mozarella @ keju topping piza
- Lobak merah – rebus separuh masak
- Brokoli – rebus separuh masak
- Sosej – rebus separuh masak
- Udang – rebus separuh masak
- Sotong – rebus separuh masak
- Crabstick – rebus separuh masak
- Lada benggala – hiris
- Kiub nanas dalam tin
- Cendawan shitake @ butang
- Bawang holland
- Bawang putih
- Marjerin
- Sos pasta @ sos tomato
CARA MEMASAK:
1. Gris loyang ngan marjerin kemudian susun roti sandwic dalam dulang. Renjis air sedikit supaya roti menjadi lembut.
2. Sapu sos tomato @ pasta pada roti dengan secukupnya.
3. Kemudian susun kepingan keju cheddar.
4. Satukan kesemua bahan-bahan lain ( kecuali keju mozarella )dalam mangkuk dan gaul rata. Sudukan ke atas roti dengan secukupnya.
5. Tabur keju mozarella dan bakar dalam ketuhar selama 15 minit pada suhu 170C. Waktu membakar mungkin berbeza mengikut jenis ketuhar.
6. Setelah keju cair, keluarkan dan sedia dinikmati bersama sos cili.
INFO CHEF: Panaskan ketuhar selama 10 minit sebelum memasukkan pizza.
Kredit resipi & foto: Wan Hidayu
ANDA JUGA BOLEH CUBA:
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Buat Sendiri Kuah Yong Tau Foo Sesedap Seperti Dijual Di Pasar Malam
YONG TAU FOO
Untuk resipi kali ini terdapat dua jenis kuah yong tau foo iaitu kuah hitam dan kuah merah. Bila hendak makan hanya perlu campurkan kedua-dua kuah ini mengikut citarasa anda.
BAHAN KUAH HITAM:
- 2 sudu besar tepung jagung
- 2 sudu besar tepung gandum
- 2 sudu besar taucu
- 2 sudu besar sos masam manis
- 3 sudu besar kicap pekat manis
- 3 sudu besar sos tiram
- 4-5 sudu besar gula melaka/gula perang
- 3 1/2 cawan air
CARA MEMASAK:
- Masukan semua bahan dalam pengisar dan kisar hingga taucu halus.
- Masukkan bahan yang sduah dikisar ke dalam periuk.
- Kemudian masak dengan api perlahan sambil dikacau supaya sos tak berketul-ketul. Masak sehingga kuah mendidih sesuaikan rasa ketepikan.
BAHAN KUAH MERAH:
- 3 ulas bawang putih- ketuk
- 3 sudu besar cili blend
- 1/2 cawan kacang tanah yg telah digoreng garing dgn sedikit minyak
- 1 sudu besar tepung gandum
- 1 sudu besar tepung jagung
- 3 sudu besar sos masam manis
- 4- 5 sudu besar gula
- 3 cawan air
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Kisar semua bahan-bahan diatas kecuali bawang putih dan cili kisar. Kisar hingga kacang halus.
- Panaskan 2 sudu besar minyak masak dan tumiskan bawang putih yang diketuk. Tumis hingga naik bau dan kemudian masukkan cili kisar. Kacau dalam 3 minit.
- Setelah itu masukkan semua bahan-bahan yang telah dikisar. Masak hingga kuah agak pekat dan sentiasa kacau.
- Bila sudah mencapai kepekatan yang anda mahukan sesuaikan rasa. Siap.
- Boleh makan dengan apa-apa yang anda suka seperti bebola seafood, sayur-sayuran, sotong kangkung atau apa-apa bahan-bahan yong tau foo kegemaran anda.
- Campur kuah hitam dan merah mengikut citarasa anda. Untuk sesuaikan rasa pedasnya, taburkan bijan sangai, sedikit bawang goreng dan kacang goreng yang telah ditumbuk.
KREDIT RESIPI & GAMBAR: Adnilsam Apat
4 Menu Snek Barat Kesukaan, Daging & Keju Paling Sedap
Frittata, lasagna, volcano beef dan shepard pie, sebut nama resipi snek barat ni pun dah terbayang keenakkannya. Keju, susu, mentega adalah tiga bahan asas yang biasanya ada dalam masakan barat.
Ditambah pula dengan daging dan sayur-sayuran, barulah lengkap rasanya. Ni min kongsikan empat snek barat untuk dicuba, nak beli mahal nih.
1. VOLCANO BEEF CHEEZY ONION
BAHAN-BAHAN:
- 200 gram keju Mozzarella (dipotong dadu kecil)
- 400 gram daging cincang
- 3 biji bawang Holland (dibelah dua)
- 5 helai daun oregano (dicencang halus)
- ½ kg serbuk roti
- 2 biji telur
- 300 gram tepung gandum
- 1 sudu teh paprika
- Serbuk perasa
- Keju krim (untuk sos)
- Minyak masak (untuk menggoreng)
CARA MEMASAK :
1.Gaul daging cencang bersama daun oregano, paprika dan serbuk perasa.
2.Belah bawang Holland kepada dua bahagian dan leraikan.
3.Kemudian, masukkan daging yang telah siap digaul tadi ke dalam bawang dan sumbatkan bersama keju Mozzarella.
4.Bulat-bulatkan dan gaul di dalam tepung gandum.
5.Sesudah itu, celupkan ke dalam telur dan serbuk roti.
6.Akhir sekali, goreng hingga berwarna keemasan.
7.Boleh dihidangkan bersama keju krim.
2. FRITTATA BERKEJU
BAHAN-BAHAN :
- 5 biji telur
- 30 gram susu segar
- 25 gram cendawan butang (dihiris)
- 25 gram bawang merah (dipotong dadu)
- 25 gram lada benggala merah (dipotong dadu)
- 25 gram lada benggala kuning (dipotong dadu)
- 10 gram daun bawang
- 25 gram keju Cheddar (diparut)
- 25 gram keju Mozzarella (diparut)
- 10 gram mentega
- Garam
- Lada putih
CARA MEMASAK :
1. Pukul telur bersama susu segar, garam dan lada putih hingga sebati.
2. Kemudian, panaskan kuali dan cairkan mentega. Tumis bawang merah, cendawan, lada benggala merah dan kuning sehingga naik bau.
3. Seterusnya, masukkan adunan telur tadi dan kacau bersama bahan tumisan berserta sayuran tadi.
4. Apabila sekata, masak campuran telur berisi sayur dan taburkan dengan hirisan daun bawang hingga separa masak.
5. Akhir sekali, taburkan parutan keju Cheddar dan Mozzarella di atas permukaan telur dan bakar di dalam ketuhar selama 10 minit dengan suhu 170 darjah Celsius.
6. Sedia untuk dihidang.
3. SHEPERD PIE DAGING
BAHAN-BAHAN:
- 1/2 kilo daging lembu atau kambing | dipotong dadu
- 100gm daging tetel lembu | dipotong kecil
- 5-6 biji kentang russet | direbus empuk
- 2 biji bawang besar | dicincang
- 3 ulas bawang putih | dicincang
- 1 1/2 sudu besar serbuk brown sauce ( dilarutkan di dalam 125ml air suam)
- 1/2 kiub stok daging lembu | mengikut cita rasa
- 1 batang lobak merah | potong sebesar 2.5cm
- 2 batang seleri | potong sebesar 2.5cm
- 6-7 biji cendawan butang segar | dihiris kasar
- 2 helai daun bay
- Sedikit herba rosemary dan thyme
- 2 sudu teh sos Lea & Perrins
- Sedikit tepung gandum yang dilarutkan ke dalam 125ml air
- 180ml susu segar
- 100gm mentega ( untuk dimasukkan ke dalam kentang lenyek)
- 100gm mentega ( untuk menumis bersama minyak zaitun)
- 2 sudu makan minyak zaitun
- Lada hitam dan garam mengikut cita rasa
CARA MEMASAK:
1. Lenyek kentang rebus bersama susu, mentega dan garam, untuk diletakkan di bahagian atas daging yang telah dimasak. Ketepikan.
2. Rebus daging sehingga empuk. Ketepikan.
3. Tumis bawang merah dan bawang putih bersama minyak zaitun dan sedikit mentega. Masukkan sos Lea & Perrins, air, stok daging, lobak merah, saleri, cendawan, daun bay, rosemary, thyme, lada hitam dan garam. Biarkan sehingga mendidih. Masukkan daging yang telah direbus tadi dan gaul sehingga sebati. Apabila sudah masak, masukkan tepung dan sedikit mentega. Jangan masak hingga ia terlalu pekat. Biar ia basah dan lembap, tidak terlalu kering.
4. Setelah itu, masukkan semua bahan yang dimasak tadi ke dalam kaserol dan ratakan. Setelah itu masukkan kentang yang sudah dilenyek di bahagian atas dan ratakan.
5. Bakar dengan suhu 180 C selama setengah jam sehingga kentang menjadi garing sedikit.
6. Angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Inti yang tidak terlalu kering akan menambah kesedapan Sheppard Pie itu ketika dinikmati.
Saiz Hidangan: 4-6 orang
Waktu Memasak: 40 minit
Jenis Hidangan: Inggeris
Keistimewaan: Rasa lemak ubi kentang dan rempah ratus yang seimbang
Jenis Penyediaan: Pai
Cara Memasak: Tumis dan bakar
Anggaran kos: RM30-RM40
4. LASAGNA
BAHAN-BAHAN:
- 1 kotak ‘oven- ready’ pasta lasagna
- 650gm daging kisar
- 2 batang seleri | panggang dan dikisar
- 2 biji tomato | panggang dan dikisar
- 2 batang lobak merah |panggang dan dikisar
- 2 biji bawang besar |panggang dan dikisar
- 3 biji bawang putih
- 1 tin kecil tomato puri
- 6-7 biji cendawan butang
- 500ml air
BAHAN HERBA:
- 2 sudu kecil oregano
- 2 sudu kecil paprika
- 2 helai daun bay
- 1 sudu kecik thyme
- Lada hitam dan garam mengikut cita rasa
- 125ml susu cair (evaporated)
- 2 sudu makan serbuk keju parmesan
- 1 kiub stok daging
- 100gm mentega
- 2-3 sudu makan minyak zaitun
BAHAN UNTUK SOS KEJU:
- 60gm tepung gandum
- 375ml susu cair segar
- 100gm mentega
- 7 keping kepingan keju cheddar
- Secubit garam
CARA MEMASAK:
1. Kisar bahan-bahan yang telah dipanggang iaitu seleri, tomato, lobak merah dan bawang besar dengan 500ml air. Ketepikan.
2. Panaskan mentega dengan minyak zaitun. Goreng bawang putih sehingga kekuningan dan masukkan daging kisar.
3. Goreng sehingga naik bau wangi dan masukkan bahan-bahan yang telah dikisar. Kacau sehingga sebati dan masukkan air sekiranya pekat. Setelah mendidih masukkan tomato puri dan semua bahan herba, kiub stok daging, lada hitam, sedikit garam dan sedikit gula. Kacau sekata. Apabila hampir masak, masukkan susu dan keju parmesan dan kacau lagi sehingga sebati. Masak jangan sampai ia terlalu cair. Angkat dan sejukkan. Ketepikan.
4. Untuk sos keju; Panaskan mentega dan masukkan tepung gandum dan kacau sehingga rata.
5. Masukkan susu dan keju dan kacau sehingga sebati. Pastikan sos tidak terlalu cair atau pekat/kental. Angkat dan sejukkan.
6. Untuk membuat lapisan lasagna; Sapukan mentega secara rata pada kaserol atau bekas pembakar. Letakkan sos daging dan ratakan.
7. Susunkan lasagna pasta di seluruh permukaan bekas.
8. Sapukan sos keju dan taburkan serbuk keju parmesan.
9. Sapukan sos daging lagi dan ratakan. Seterusnya susunkan pasta lasagna.
10. Sapukan sos keju dengan rata. Taburkan keju mozarela di seluruh permukaan.
11. Bakar pada suhu 180 C selama 1/2 jam sehingga keju mozarela cair dan kekuningan. Barulah angkat dan enak dimakan ketika panas.
Info chef: Hanya masukkan sedikit sahaja garam untuk menggelakkan ia masin memandangkan sudah ada aneka jenis keju.
Saiz Hidangan: 3-5 orang
Waktu Memasak: 1 jam
Jenis Hidangan: Barat
Keistimewaan: Mengenyangkan dan sedap
Jenis Penyediaan: Pasta
Cara Memasak: Tumis, goreng dan bakar
Anggaran kos: RM30-RM40
Resipi Tauhu Begedil Berbaloi Dicuba, Sedap & Mudah
Menu tauhu begedil pernah viral dan menjadi kegilaan suatu ketika dulu. Sehingga sekarang pun, ramai orang yang masih sukakan tauhu begedil dan menjadi punca rezeki untuk jualan.
Menerusi resipi yang dikongsi Nuryusra Ibrahim Kutty ini, cara buat tauhu begedil paling mudah, sedap dan tak guna banyak kos.
Sangat berbaloi dicuba dan resipi ni boleh guna untuk niaga.
CARA BUAT TAUHU BEGEDIL
BAHAN-BAHAN:
40 biji tauhu kering
4-5 biji ubi kentang – beli online di sini
1/2 biji bawang holland – beli online di sini
Ayam/daging kisar
Bawang goreng – beli online di sini
Daun sup
Serbuk lada putih
Serbuk lada hitam
Garam (secukup rasa)
Kiub ayam – beli online di sini
2 biji telur (untuk menggoreng)
TONTON Dapur Rasa Live: Buko Pandan versi Ketodiet
TONTON Dapur Rasa Live: Roti Wholemeal Walnut
CARA-CARA:
1. Tumis bawang bersama isi ayam. Dah masak, asingkan ayam dan toskan minyak
2. Gorengkan kentang. Kemudian, kisar kentang bersama ayam tadi.
3. Masukkan bawang goreng, daun sup, serbuk lada putih, lada hitam, kiub ayam, garam dan gaulkan bersama kentang dan ayam yang telah dikisar.
4. Tauhu kering dipotong X tapi jangan sampai terputus. Kemudian, sumbat kentang dalam tauhu.
5. Pecahkan telur dan kacau. Gaulkan telur dengan tauhu yang telah disumbat dan goreng hingga telur agak garing.
6. Sedia untuk dihidangkan bersama sambal kicap.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
SAMBAL KICAP
BAHAN-BAHAN:
20 tangkai cili padi – beli online di sini
4-5 ulas bawang putih – beli online di sini
2 biji bawang kecil – beli online di sini
½ biji bawang besar
2 sudu besar gula pasir – beli online di sini
2 sudu besar kicap pekat
½ cawan kicap manis
Garam secukup rasa
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
CARA-CARA:
1. Goreng semua bahan kecuali gula, kicap pekat dan kicap manis, garam dengan sedikit minyak hingga layu. Kemudian toskan minyak dan kisar.
2. Kemudian, masukkan gula, kicap pekat, kicap manis dan garam. Gaul hingga sebati. Sedia untuk dihidang.
Kredit resipi: Nuryusra Ibrahim Kutty
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official: