BAHAN-BAHAN:
400gm daging cincang
1 biji telur ayam
1 sudu teh serbuk lada hitam
50gm daun sup | dihiris halus
100gm serbuk roti
Garam dan serbuk perasa
2 biji telur ayam | direbus dan buang kulit

CARA MEMASAK:
1.Campurkan semua bahan di atas kecuali telur rebus. Gaul sebati.
2. Balut telur rebus dengan campuran daging kisar tadi dengan kemas.
3. Goreng dengan api perlahan sehingga masak.
4. Potong dua dan sedia untuk dihidang.