Buat penggemar telur, anda pasti suka jika ia dibuat sambal. Sambal telur ni ada macam-macam versi. Ada yang menggunakan telur rebus, telur goreng ataupun pecahkan telur dalam sambal yang sedang dimasak.

Resipi yang admin mahu kongsikan ni sesuai untuk telur ayam mahupun telur puyuh. Pilih saja telur mana yang anda suka. Berbeza sedikit dari sambal biasa kerana ada penggunaan sos tomato dalam resipi ini. jadi sambal ini tidaklah terlalu pedas dan ada rasa masam manis sedikit.
 

SAMBAL TELUR MASAK MERAH

BAHAN-BAHAN:

  • 4 biji telur rebus semalam
  • 2 biji bawang merah besar | dikisar
  • 2 ulas bawang putih | dikisar
  • 6 biji cili kering | dikisar
  • 2 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan sos tomato
  • Sedikit air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng

 

CARA MEMASAK:

  1. Buang kulit telur dan goreng seketika sehingga keperangan. Angkat dan ketepikan.
  2. Tumis bahan kisar sehingga naik bau. Kemuadian bolehlah dimasukkan sos cili, sos tomato dan kacau sehingga terbit minyak.
  3. Masukkan air asam jawa dan perasakan secukupnya.
  4. Masukkan telur dan sebatikan dengan sambal.

 

sumber foto: marmadukescarlet.blogspot.com