BAHAN-BAHAN:

  • 25gm mentega
  • 200ml susu
  • 100gm bayam
  • 1 2/3 cawan tepung gandum | diayak
  • 1 sudu makan serbuk penaik
  • 1 sudu teh soda  bikarbonat
  • 1 sudu teh serbuk buah pala
  • 1/3 cawan keju parmesan |  diparut
  • 1 biji telur
  • 120gm keju krim
  • 8 biji tomato ceri


CARA MEMASAK:

1.    Panaskan mentega dan susu di dalam periuk. Masukkan bayam dan layurkan.
2.    Kisarkan campuran bayam dan susu sehingga halus. Biarkan sejuk.
3.    Di dalam mangkuk besar, ayak tepung gandum, serbuk penaik, soda bikarbonat dan serbuk buah pala. Adun rata.
4.    Masukkan kisaran bayam, telur, keju parmesan dan krim keju ke dalam bancuhan tepung. Gaul hingga sebati.
5.    Tuang adunan ke dalam acuan. Letakkan tomato ceri dan bakar dalam ketuhar pada suhu 190C selama 20 minit atau sehingga masak.
6.    Hidangkan.