Dek kerana ramai yang bertanyakan pada admin dan minta kongsikan resipi yang tak perlu gunakan minyak, jadi hari ini admin tunaikan permintaan anda semua.

Yong tau foo memang sedap, biasanya akan dimakan dengan kuahnya atau dibuat sup. Tidaklah susah untuk dibuat tapi yang pasti hasilnya pasti mengenyangkan! Hari ini admin kongsikan resipi kuah hitam dan kuah merah yong tau foo.

 

KUAH HITAM

BAHAN-BAHAN:

  • 2 sudu besar taucu
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 4-5 sudu besar gula
  • 2-3 cawan air

 

CARA MEMBUAT:

  1. Campurkan semua bahan dan dikisar bersama.
  2. Pastikan dikisar halus dan masakkan atas api sehingga mendidih.

 

KUAH MERAH

BAHAN KISAR:

  • 1/2 cawan kacang tanah | digoreng
  • 1 sudu bear tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 4-5 sudu besar gula
  • 2-3 cawan air
  • 1/2 sudu kecil garam

 

BAHAN LAIN:

  • 2 ulas bawang putih | diketuk
  • 3 sudu besar cili kisar/cili boh

 

CARA MEMBUAT:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih bersama cili kisar.
  2. Apabila sudah mulai pecah minyak, masukkan semua bahan kisar tadi.
  3. Masak seketika lebih kurang 5-7 minit sehingga kuah menjadi sedikit pekat.

 

Siap kuah ni, bolehlah anda makan bersama sosej, bebola ikan, bebola makanan laut, bebola ayam, sawi atau kangkung dan apa saja yang menjadi kegemaran anda.

 

Selamat mencuba.