TART KEJU TELUR PORTUGIS

BAHAN-BAHAN A:

  • 500gm tepung roti
  • 15gm gula
  • 5gm garam
  • 50gm marjerin
  • 250gm air
  • 250gm pastri marjerin


BAHAN INTI:

  • 100gm gula kastor
  • 4 biji telur
  • 2 sudu teh esen vanila
  • 40gm keju cheddar
  • 250ml susu segar
  • 200ml krim putar
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • 1 sudu teh pewarna kuning


CARA MEMASAK:

  1. Untuk membuat inti; didihkan krim putar dan gula kastor hingga sebati.
  2. Kemudian campurkan susu segar, esen vanila dan telur.
  3. Apabila adunan memekat, masukkan tepung jagung, pewarna kuning dan gaul rata.
  4. Seterusnya masukkan keju cheddar dan kacau sebati. Tutup api dan sejukkan. Ketepikan.
  5. Untuk membuat doh pastri; Masukkan kesemua bahan A ke dalam mesin pengadun kecuali air. Kemudian gaul hingga sebati.
  6. Masukkan air dan adun sehingga doh sebati dan lembut.
  7. Keluarkan doh, canai dan masukkan pastri marjerin.
  8. Lipat doh dan lakukan lipatan single book dan double book.
  9. Potong doh pastri dan masukkan ke dalam acuan aluminium.
  10. Masukkan inti dan bakar pada suhu 200⁰C selama 25 minit.
  11. Sedia dinikmati.


Saiz hidangan: 3-4 orang
Waktu memasak: 1jam 30 minit
Jenis hidangan: Barat
Keistimewaan: Lembut intinya bila digigit
Jenis masakan: Tat
Cara memasak: Didih dan bakar
Anggaran kos: RM30