BAHAN DOH:

  • 25gm mentega
  • 500gm tepung gandum
  • 20gm kuning telur
  • 60gm air sejuk
  • ½  sudu teh garam

 

BAHAN INTI:

  • 3 biji telur
  • 1 sudu besar susu UHT
  • 50gm gula perang
  • 175gm    golden syrup
  • 50gm mentega | lembutkan
  • ½ sudu teh serbuk kayu manis
  • ½ sudu teh esen vanilla
  • 1 biji buah oren | parut kulit
  • 175gm    kacang walnut

 

 

CARA MEMASAK

1.  Untuk menyediakan doh, putar mentegadan masukkan telur.

2.  Masukkan tepung dan putar hingga menjadi seperti serbuk roti.

3.  Garam dicampurkan dengan air dan tuangkan dalam adunan tepung tadi.

4.  Gaul sebati dengan tangan atau mesin.

5.  Seterusnya, pukul telur dan susu, ketepikan.

6.  Dalam bekas lain, satukan gual perang dan golden syrup dan panaskan hingga sebati.

7.  Masukkan mentega, serbuk kayu manis, esen vanilla dan kulit oren. Kacau sebati dan sejukkan.

8.  Tuangkan adunan (3) dalam adunan (1). Kacau sebati.

9.  Taburkan walnut dalam tart dan tuangkan sirap tadi. Bakar hingga perang selama 30 minit.