Buah yang mempunyai tekstur kulit yang licin, warna hijau dan merah itu antara buah-buahan yang mempunyai kelebihan dalam diet pemakanan dan sistem tubuh. Selain sedap untuk dimakan begitu sahaja dan dibuat sebagai masakan seperti pai atau pencuci mulut, buah epal mempunyai khasiatnya tersendiri untuk kesihatan,
 

APPLE SLICE FRITTER
4 biji epal             |potong dan buang tengahnya
100gm tepung gandum
1 biji telur
150ml susu segar
Secubit garam
1 sudu teh serbuk kulit kayu manis
Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:
1.    Satukan telur, susu segar, garam dan serbuk kulit kayu manis. Pukul sebati.
2.    Masukkan tepung dan gaul sebati hingga rata.
3.    Celupkan kepingan epal ke dalam adunan secara rata.
4.    Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng kepingan epal yang telah disalut tadi hingga berwarna perang keemasan dan garing.
5.    Angkat toskan minyak. Ulangi langkah hingga selesai.
6.    Sedia untuk dihidangkan panas-panas.


Info chef: Untuk lebih enak, selepas goreng, toskan minyak dan salut dengan gula perang. Hidang bersama aiskrim.


Saiz hidangan: 2-3 orang
Waktu memasak: 30 minit
Jenis hidangan : Barat
Keistimewaan : Aroma kulit kayu manis
Jenis masakan :  Kudapan
Cara memasak : Goreng
Anggaran kos: RM15.00

 

Untuk Resipi Pai Epal Simple lagi Meletup klik: