BAHAN-BAHAN:

  • 2gm roti improver
  • 7gm yis segera
  • 500gm tepung tinggi protien
  • 75gm gula
  • 50gm susu tepung
  • 32gm butter
  • 1 biji telur
  • 6gm garam
  • 225gm  air
  • 370gm    pastri margerin
  • 20gm premix kastard
  • Kismis secukupnya    
  • Gula perang secukupnya    
  • Serbuk kayu manis sedikit        

 

CARA MEMASAK:

1.  Campurkan bahan-bahan kering di dalam mixer, putar sampai sebati.

2.  Kemudian masukkan bahan basah, uli sehingga 2 hingga 3 minit.

3.  Balut doh dan dibiarkan 1 jam di dalam suhu bilik.

4.  Kemudian, keluarkan doh dan tepuk untuk mengeluarkan angin di dalam doh, selepas itu, masukkan doh ke dalam peti sejuk beku selama 30 minit.

5.  Roll doh  46cm x 15cm dan letakkan pastri margerin di tengah-tengah doh, balut pasteri margerin.

6.  Masukkan ke dalam peti sejuk beku selama 15 minit.

7.  Keluarkan doh dan uli doh hingga memanjang. Lipat 1 hujung doh hingga separuh bahagian doh, kemudian lipat 1 lagi hujung bahagian doh ke atas bahagian doh yang telah di lipat tadi. Letakkan ke dalam peti sejuk beku selama 15 minit.

8.  Ulang proses 7 dua kali.

9.  Keluarkan doh, roll doh 36cm x 14cm. Sapu nipis premix kastard dan taburkan sedikit gula perang dan sedikit sebuk kayu manis. Kemudian gulungkan doh dan  potong 2  doh sebesar 3 inci.

10. Bakar dengan suhu 190c.