Bahan A (bahan kering):

  • 1 ¾ cawan tepung gandum
  • ¾ cawan serbuk koko
  • 2 camca teh baking soda
  • 1 camca teh serbuk penaik
  • 1 sudu teh garam


Bahan B:

  • 2 cawan gula kastor
  • 2 biji telur


Bahan C (bahan basah):

  • 1 cawan air Nescafe
  • 1 cawan buttermilk
  • ½ cawan minyak jagung
  • 1 camca teh esen vanila


Bahan D (coklat ganache)

  • 300 gram coklat gelap (dihiris)
  • 150 gram krim putar
  • 20 gram mentega


Bahan Hiasan:

  • Nutella secukupnya
  • Strawberi segar secukupnya
     

CARA MEMASAK:

  1. Satukan Bahan B dan kacau sebati.
  2. Kemudian masukkan Bahan C. Sebatikan adunan.
  3. Masukkan Bahan A. Kacau kuat supaya tidak berketul.
  4. Bahagikan adunan menjadi dua dan tuang ke dalam loyang yang telah dilenser.
  5. Bakar pada suhu 175°C selama 30 minit atau mengikut oven masing-masing. Gunakan api atas dan bawah.
  6. Sejukkan kek di atas redai.
  7. Untuk Bahan D, panaskan krim putar di dalam periuk. Pastikan api kecil. Apabila sudah mendidih dan kelihatan buih-buih muncul dari tepi periuk, tutup api.
  8. Masukkan coklat gelap dan mentega. Kacau sebati sehingga coklat pekat dan berkilat.
  9. Tuang ganache di atas kek dan hias dengan Nutella dan strawberi.