UBU KAYU KARAMEL GULA MELAKA

BAHAN-BAHAN:

  • 2 batang ubi kayu bersaiz sederhana
  • 250gm gula perang
  • 100gm gula Melaka
  • 1 helai daun pandan
  • 400ml air


CARA MEMASAK:

  1. Ubi kayu dibersihkan dan dibuang kulit. Potong sepanjang 10cm.
  2. Masukkan kesemua bahan-bahan di atas ke dalam periuk yang bersesuaian.
  3. Rebus sehingga ubi empuk dan gula menjadi pekat. Kacau bahagian bawah bagi mengelakkan gula menjadi hangus.
  4. Setelah ubi empuk, angkat dan sedia dihidangkan.

Saiz hidangan: 2-4 orang
Jenis hidangan: Thailand
Keistimewaan: Aroma gula melaka yang menyelerakan.
Jenis masakan: Manisan
Cara memasak: Rebus
Anggaran kos: RM7.00