BAHAN-BAHAN:

  • 1 liter air
  • 8 ulas nangka madu |dibuang biji
  • 60gm gandum |direbus hingga masak dan asingkan
  • 180gm santan pekat
  • 30gm gula melaka yang dihiris halus
  • 20gm gula pasir
  • 2 helai daun pandan | disimpul
  • Secubit garam halus

CARA MEMASAK:

  1. Sumbat biji gandum yang telah direbus ke dalam ulas nangka. Ketepikan.
  2. Panaskan air di dalam periuk secukupnya sehingga mendidih.
  3. Masukkan santan pekat dan kecilkan api.
  4.  Masukkan gula pasir dan Melaka, masak hingga gula larut.
  5. Perasakan dengan daun pandan dan secubit garam.
  6. Akhir sekali masukkan nangka yang telah disumbatkan dengan gandum ke dalam kuah santan.
  7. Kecilkan api, biarkan mereneh seketika (lebih kurang 2-3 minit) angkat dan hidangkan.