Ramai orang yang sudah sedar akan khasiat chia seed. Biasanya ia akan dicampurkan dalam air masak mahupun air detoks untuk mempercepatkan rasa kenyang.

Hari ini admin mahu berkongsi satu resipi ringkas untuk membuat puding chia seed tanpa perlu menggunakan serbuk jeli. Memang mudah!

 

BAHAN-BAHAN:

  • 2 sudu besar chia seed
  • 1/2 cawan susu badam
  • 1 sudu besar serbuk coklat
  • 2 sudu besar mentega kacang
  • 1/2 batang pisang | dipotong bulat *untuk hiasan
  • 1 sudu kecil cip coklat *untuk hiasan

 

CARA MEMBUAT:

  1. Satukan semua bahan kecuali pisang dan cip coklat dalam satu bekas berpenutup.
  2. Goncangkan supaya semua bahan sebati.
  3. Keraskan puding dalam peti sekurang-kurang selama 2 jam dan hidangkan bersama hirisan pisang dan taburan cip coklat.

 

Selamat mencuba.

 

sumber foto: www.theslenderstudent.com