NASI GORENG NANAS BERDAGING

BAHAN-BAHAN:

  • 3 cawan besar nasi | disejukkan di dalam peti sejuk.
  • 200 gm daging | dipotong kecil dan gaul dengan kunyit
  • Sedikit mentega untuk mengoreng
  • 2 sudu makan minyak masak
  • 3 ulas bawang putih | diketuk atau ditumbuk
  • 4 biji cili padi | dipotong kecil
  • 1 mangkuk kecil nanas | dipotong dadu.
  • Garam secukup rasa.
  • Gula jika perlu


CARA MEMASAK:

  1. Panaskan mentega dalam kuali, campurkan dengan minyak.
  2. Tumiskan bawang putih hingga kuning, masukkan daging, bawang putih dan sedikit garam yang telah ditumbuk.
  3. Biarkan daging empuk. Masukkan cili padi . Kemudian masukkan nanas dan masukkan nasi.
  4. Masukkan garam secukup rasa dan hidangkan ketika panas.


Saiz hidangan: 4 orang
Waktu memasak: 20 minit
Jenis hidangan: Thai
Keistimewaan: Pedas dan enak
Jenis masakan: Ala-Carte
Anggaran kos: RM20