BAHAN-BAHAN:

  • 1 paket mi kuning | dicelur
  • 240gm isi dada ayam | dipotong kiub
  • 1 sudu makan minyak bijan
  • 1 biji tomato ranum | dipotong dadu halus
  • 1 pokok daun bawang | dihiris kasar
  • 2 ulas bawang putih | dicincang

 

BANCUHAN TEPUNG (DIADUN SEBATI):

  • 4 sudu makan tepung gandum
  • 4 sudu makan tepung jagung
  • 1/2 cawan air
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik

 

BAHAN SOS MASAM MANIS:

  • 3 sudu makan sos tomato
  • 3 sudu makan sos cili manis
  • 1 sudu teh sos plum
  • 1/2 sudu teh sos Worcestershire
  • 1/2 sudu teh  sos tiram
  • 3 sudu makan air
  • 1/2 sudu teh tepung jagung
  • 2 sudu makan minyak
  • Garam dan lada sulah secukupnya

 

 

 

CARA MEMASAK:

1.    Perapkan isi ayam bersama minyak bijian, garam dan lada sulah.

2.    Celupkan kepingan ayam ke dalam bancuhan tepung dan goreng menggunakan minyak yang secukupnya sehingga rangup. Ketepikan seketika.

3.    Dalam kuali berasingan,  panaskan dua sudu makan minyak masak  dan tumis bawang putih, tomato dan daun bawang  sehingga bau naik.

4.    Kemudian masukkan kesemua bahan sos. Gaul rata dan biarkan pekat.  

5.    Masukkan kembali ayam yang telah digoreng tadi dan juga mi yang telah dicelur. Gaul hingga sebati.

6.    Angkat dan nikmati segera.