BAHAN-BAHAN:

  • 300gm udang segar
  • 100gm keju mozzarella
  • 50gm keju cheddar
  • 50gm keju parmesan

BAHAN PERAPAN:

  • 1 sudu makan serbuk lada sulah
  • 1 sudu makan madu
  • 1 sudu makan jus lemon
  • Herba thyme secukupnya
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Bersihkan udang dan belah bahagian belakangnya. Perap dengan bahan perapan seketika.
  2. Kemudian, cucuk udang dengan lidi untuk menegakkan udang.
  3. Susun udang diatas pinggan tahan panas dan taburkan kesemua keju diatas udang.
  4. Bakar pada suhu 150C selama 20 minit sehingga keju cair dan keperangan.  Sedia dinikmati.