BAHAN-BAHAN

  • 300gm kepah | cuci bersih dan tos
  • 4 ulas bawang putih | cincang
  • Sedikit hirisan cili benggala
  • Sedikit hirisan daun bawang
  • 4 bijin tomato ceri
  • 2 sudu makan mentega
  • Garam dan perasa secukup rasa
  • 1 sudu sos tiram

 

CARA MEMASAK:

1. Panaskan mentega di dalam kuali, tumis bawang putih hingga kekuningan.

2. Masukkan kepah, gaul rata  seketika.

3. Kemudian masukkan sos tiram, cili benggala, tomato ceri.

4. Perasakan dengan garam dan perasa secukupnya (jika perlu)

5. Akhir sekali sebelum angkat masukkan daun bawang.

6. Tutup api dan hidangkan panas-panas.

 

 

Jom tonton cara-cara penyediaan Kepah Goreng mentega Bawang Putih: