KERABU UDANG DENGAN EPAL HIJAU

BAHAN-BAHAN

  • 20 ekor udang | dibuang kulit dan dibersihkan
  • 1 biji epal hijau | dipotong memanjang atau dimayang
  • 1 batang seleri | dipotong nipis
  • 2 batang serai | dimayang halus
  • 5 biji cili padi | dipotong halus
  • 1 biji bawang kecil | dimayang halus
  • 1 sudu sos ikan
  • 1 sudu kecil gula
  • Garam secukup rasa
  • 1 biji air perahan limau nipis


CARA MEMASAK:

  1. Rebus udang di dalam air yang sudah diletakkan serai yang sudah dititik dan sedikit garam. Rebus hanya sekejap (2 minit supaya udang tidak terlebih masak dan rasa manisnya tidak hilang)
  2. Di dalam mangkuk kecil, masukkan udang dan bahan-bahanyang telah dimayang di dpotong tadi.
  3. Masukkan sos ikan, sedikit garam, gula dan akhir sekali masukkan perahan air limau nipis.
  4. Sesuaikan rasa dan sedia dihidangkan.

Saiz hidangan: 5 orang
Waktu memasak: 20 minit
Jenis hidangan: Thai
Keistimewaan: Masam-masam manis
Jenis masakan: Pembuka selera
Anggaran kos: RM20