BAHAN-BAHAN:
Lapisan Bawah:

500gm beras pulut
300ml santan pekat
300ml air
Secubit garam halus
Sedikit minyak masak

Lapisan Atas:
5 biji telur ayam
4 biji telur itik
4 keping gula melaka (saiz sederhana)
1 helai daun pandan
3 kuntum bunga cengkih (jika suka)
Secubit garam halus

CARA MEMASAK:
1. Rendam pulut sekurang kurangnya empat jam. Basuh bersih dan toskan.
2. Campurkan pulut bersama santan air dan garam, kemudian kukus hingga masak.
3. Lapikkan loyang dengan plastik yang disapu dengan sedikit minyak.
4. Tuangkan pulut ke dalamnya. *Tekan-tekan supaya pulut mampat dan kemas.
5. Taburkan sedikit tepung gandung di atasnya. Ketepikan.
6. Satukan telur dan bunga cengkih, lalu dipukul sedikit.
7. Masak gula melaka dengan sedikit air dan daun pandan sehingga gula larut.
8. Tuangkan ke dalam adunan telur, gaul rata dan masukkan sedikit garam.
9. Seterusnya, tuangkan bancuhan ini di dalam loyang berisi pulut sebagai lapisan atas.
10. Kemudian kukus semula lebih kurang 30 minit dengan api sederhana.
11. Angkat dari pengukus dan sejukkan sebelum dipotong.