Salah satu resipi kerabu yang menarik. Mudah untuk disediakan dan pasti menjadi pembuka selera yang paling best!

Bahan-bahan juga sama seperti untuk menyediakan kerabu yang lain cuma yang berbeza resipi kali ini ditambah sotong. Selamat mencuba.

 

KERABU SOTONG SERAI

BAHAN-BAHAN:

  • 12 ekor sotong | dihiris bulat
  • 2 biji tomato | dipotong dadu
  • 1 batang serai | dihiris halus
  • 2 tangkai daun ketumbar | dihiris halus
  • 5 biji cili padi | dihiris halus
  • 2 tangkai kacang panjang | dihiris halus
  • 2 biji limau nipis | diambil jusnya
  • Secubit garam
  • Gula secukup rasa

 

CARA MEMASAK:

  1. Celur sotong seketika. Angkat dan toskan airnya. Ketepikan.
  2. Masukkan sotong, tomato, serai, ketumbar, cili padi dan kacang panjang ke dalam mangkuk. Gaul rata.
  3. Kemudian masukkan jus limau nipis. Gaul hingga rata.
  4. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Nikmati segera.