Kebiasaannya siakap akan dimasak stim kerana sesuai dengan rasa isinya yang lembut. Tetapi jika salah dimasak, hidangan ini cenderung untuk menjadi hanyir kerana ikan siakap mempunyai lendir semulajadi pada kulitnya yang harus dibersihkan dengan betul. Jika tidak, memang akan berbau hanyir.

Hari ini admin mahu berkongsi resipi lain menggunakan siakap dan rasanya sedap dan kurang buat kita menjadi muak dan berasal dari dari Thailand.

 

KENGSOM SIAKAP

BAHAN-BAHAN:

1 ekor ikan siakap

4 biji bawang merah

4 biji bawang putih

10 batang cili kering

2cm kunyit hidup | diracik

3 keping asam gelugur

1 batang serai | dititik

3 helai daun limau purut

1 batang bunga kantan | diracik

Garam, gula dan bahan perasa secukupnya

Minyak masak secukupnya

Air secukupnya

 

CARA MEMASAK:

  1. Cuci ikan siakap sehingga bersih. Ketepikan.
  2. Kisar halus bawang merah, bawang putih, cili kering, separuh daripada kunyit.
  3. Kemudian, panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau.
  4. Setelah tumisan berbau harum, masukkan air, asam gelugur, hirisan daun limau purut, serai dan bunga kantan. Tunggu sehingga mendidih.
  5. Seterusnya bolehlah diperasakan. Kacau sebati.
  6. Akhir sekali, masukkan ikan siakap. Biarkan ikan masak dan bolehlah dihidang.