BAHAN-BAHAN:
500gm daging | dipotong kecil
7 helai daun limau purut
1 pokok daun ketumbar
2 biji tomato | dipotong baji
1 kuntum bunga kantan
500ml air
250ml air asam jawa
15ml minyak masak
Garam secukup rasa
1 kiub pati daging

BAHAN-BAHAN KISAR:
10 tangkai cili kering
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2.5cm lengkuas
2.5cm halia
3 batang serai
3 biji buah keras
1 inci belacan
4 helai daun limau purut
1 pokok daun ketumbar

CARA MEMASAK:
1.Kisar daun limau purut bersama daun ketumbar. Sementara itu, kisar bahan-bahan kisar seperti cili kering, bawang merah, bawang putih, lengkuas, halia, serai, buah keras dan belacan sehingga lumat.
2.Rebus terlebih dahulu daging untuk memastikan ia masak dengan lebih sempurna.
3.Panaskan minyak, kemudian tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar atau ditumbuk lumat sehingga garing dan naik baunya.
4.Masukkan perahan air asam jawa, kiub daging dan biarkan ia mereneh seketika sehingga daging masak dan empuk.
5.Kemudian masukkan daun limau purut, tomato dan bunga kantan. Biarkan ia mereneh seketika sehingga ia pekat dan pecah minyak sebelum dihidangkan.