http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.677080.1495180556!/image/image.jpg

GULAI IKAN KERING DENGAN BETIK

BAHAN-BAHAN:

  • 1 biji betik mengkal
  • 8 ekor ikan masin cencaru| dipotong empat
  • 8 ulas bawang merah | dikisar
  • 3 ulas bawang putih | dikisar
  • 3 sudu makan rempah kari ikan
  • 1kg santan
  • Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya


CARA MEMASAK:

  1.  Kupas kulit betik dan potong mengikut saiz bersesuaian.
  2. Celur sebentar dan toskan airnya. Menggunakan periuk berasingan, satukan santan bersama bahan kisar serta rempah kari ikan.
  3. Kacau sebati. dan masak hingga mendidih.
  4. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
  5. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

Info chef: Rasa kuah terlebih dahulu sebelum memasukkan garam kerana ikan masin telah memberikan rasa pada masakan.
Saiz hidangan: 8 orang
Waktu memasak: 30 minit
Jenis hidangan: Melayu
Keistimewaan: Enak dan tidak muak
Jenis penyediaan: Menu utama
Cara memasak: Didih
Anggaran harga: RM9.50

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.677084.1495180698!/image/image.jpg

DAGING SINGGANG
BAHAN-BAHAN:

  • 1kg daging | dihiris nipis
  • 8 ulas bawang merah | dimayang halus
  • 3 ulas bawang putih | dimayang halus
  • 2.5cm halia | dimayang halus
  • 2.5cm lengkuas | dimayang halus
  • 3 keping asam gelugur
  • 3 biji cili kering | digunting halus
  • 1 sudu teh biji ketumbar
  • 2liter air
  • Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya


CARA MEMASAK:

  1. Masukkan air dan daging yangtelah dihiris ke dalam periuk. Rebus sehingga empuk. Tambah jumlah air jika perlu.
  2. Setelah daging empuk, masukkan bahan yang telah dimayang halus, asam gelugur serta biji ketumbar.
  3. Perasakan dengan garam, gula serta serbuk perasa dengan secukupnya.
  4. Akhir sekali, masukkan cili kering yang telah digunting.
  5. Sedia untuk dinikmati.


Info chef: Masukkan sudu keluli ke dalam periuk sewaktu merebus daging bagi mempercepatkan daging empuk.
Saiz hidangan: 8 orang
Waktu memasak: 45 minit
Jenis hidangan: Melayu
Keistimewaan: Menu ini popular di negeri Kelantan
Jenis penyediaan: Menu utama
Cara memasak: Didih
Anggaran harga: RM30.00

 

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.677081.1495180594!/image/image.jpg

LEMAK PUTIH PUCUK MANIS, LABU DAN TEMPE

BAHAN-BAHAN:

  • 1 biji labu manis | dipotong kecil
  • 250gm pucuk manis
  • 2 paket tempe | dipotong panjang
  • 1kg santan
  • 100gm udang segar
  • 8 ulas bawang merah | ditumbuk
  • 3 ulas bawang putih | ditumbuk
  • Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya


CARA MEMASAK:

  1. Masukkan santan, bahan tumbuk dan labu ke dalam periuk. Biarkan sehingga mendidih.  
  2. Kemudian masukkan pucuk manis, tempe diikuti udang yang telah dibersihkan. Kacau rata dan biarkan sehingga semua bahan masak.  
  3. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa dengan secukupnya.  
  4. Angkat dan hidangkan.


Info chef: Selain udang segar, boelh juga menggunakna udang kering sebagai penambah rasa masakan.
Saiz hidangan: 10 orang
Waktu memasak: 30 minit
Jenis hidangan: Melayu
Keistimewaan: Rasa lemak dan manis labu
Jenis penyediaan: Menu sampingan
Cara memasak: Didih

Anggaran harga: RM12.00

 

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.677083.1495180657!/image/image.jpg

SAMBAL BELACAN MANGGA
BAHAN-BAHAN:

  • 300gm cili padi
  • 2 biji buah bacang
  • Sekeping belacan | dibakar
  • 2 ulas bawang putih | dibakar
  • 1 biji bawang besar | dibakar
  • Sedikit garam dan gula


CARA MEMASAK:

  1. Kisar cili padi bersama bahan yang dibakar.
  2. Perasakan dengan garam dan juga gula dengan secukupnya.
  3. Akhir sekali, masukkan mangga muda yang telah disagat halus. Gaul hingga rata.


Info chef: Selain buah bacang, boleh juga menggunakan mangga muda.
Saiz hidangan: 6 orang
Waktu memasak: 30 minit
Jenis hidangan: Melayu
Keistimewaan: Ringkas dan mudah disediakan
Jenis penyediaan: Menu utama
Cara memasak: Didih
Anggaran harga: RM5.50

 

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.677077.1495180415!/image/image.jpg
 

UDANG PETAI TEMPOYAK BERCILI
BAHAN-BAHAN:

  • 200gm petai | dibuang kulit
  • 300gm udang | dibuang kulit
  • 2 sudu makan tempoyak
  • 2 helai daun kunyit | dihiris halus
  • 1 keping asam gelugur
  • 125ml air
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis


BAHAN KISAR:
5 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
2sm kunyit
15 biji cili padi
2 biji cili merah
1 batang serai

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi.
  2. Kemudian masukkan tempoyak, asam gelugur dan juga air.  Gaul hingga sebati dan biarkan mendidih.
  3. Seterusnya masukkan petai, udang dan daun kunyit yang telah dimayang halus. Masak sehingga pekat.
  4. Perasakan dengan garam dan gula dengan secukup rasa.
  5. Sedia untuk dinikmati.


Info chef: Kurangkan jumlah cili untuk mengurangkan rasa pedas.
 

Saiz hidangan: 3 orang
Waktu memasak: 20 minit
Jenis hidangan: Melayu
Keistimewaan: Enak dinikmati bersama nasi putih panas
Jenis penyediaan: Menu sampingan
Cara memasak: Tumis
Anggaran harga: RM9.00