Resipi ini asalnya dari Korea cuma diolah sedikit mengikut selera orang kita. Tidaklah terlalu sukar untuk dibuat dan bahannya juga mudah untuk didapati.

Hidangan ini boleh disediakan dalam masa 20 minit. Boleh dimakan begitu saja atau dinikmati bersama nasi. Untuk yang sedang berdiet, anda boleh gantikan nasi dengan tortila atau roti serat.

Hidangan: 4
Masa: 30 MINIT
Tahap: MUDAH
Kaedah: menggoreng, menumis

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 ekor ayam | dibersihkan (bahagian dada)
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 ulas bawang merah
  • 3 inci halia
  • Garam dan gula
  • 3 sudu makan sos tomato
  • 2 sudu makan bijan | digoreng tanpa minyak
  • 1 cawan minyak masak

CARA MEMASAK:

  1. Ayam dipotong kecil dan digoreng. Ketepikan.
  2. Bawang putih, bawang merah dan halia ditumbuk.
  3. Tumis bahan tumbuk hingga terbit wangi dan tambahkan sos tomato, gula dan garam secukup rasa. Kacau sebati.
  4. Masukkan ayam yang telah digoreng dan gaul dengan bahan tumisan tadi. Taburkan bijan di atasnya.
  5. Angkat dan sedia dinikmati.