HATI AYAM MASAK HIJAU THAI

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm hati ayam
  • 8gm daun basil thai
  • 15gm daun ketumbar
  • 5 tangkai cili hijau
  • 3 sudu teh jus limau nipis
  • 1cm halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 4 ulas bawang merah
  • 4 tangkai cili padi hijau
  • 1½ sudu teh sos ikan thai
  • 1 sudu teh gula perang
  • Minyak untuk menggoreng


CARA MEMASAK:

  1. Perap hati ayam dengan sedikit serbuk kunyit, serbuk ketumbar dan sedikit garam. Goreng hati ayam yang diperap tadi.
  2. Ketepikan. Kemudian tumis bahan yang dikisar seperti cili padi, bawang, halia, bawang putih dan lain-lain. Kacau sehingga naik bau.
  3. Selepas itu, masukkan sos ikan thai, sos cili, gula perang dan jus limau nipis. Kacau sehingga menjadi pekat.
  4. Akhir sekali, masukkan hati ayam yang digoreng tadi. Kacau dan sedia dihidang bersama nasi panas.