Bagi penggemar sajian Ikan Patin Tempoyak, resipi perkongsian saudari Mariana Zainal ini boleh dicuba. Sangat mudah dan sedap. Resipi ini juga bukan resipi Patin Tempoyak Pahang tau. Ia diolah sendiri mengikut cita rasa empunya resipi. Musim durian dan tempoyak tengah banyak ni, sesuai sangatlah masak lauk ni. Pasti puas hati.

CARA MASAK IKAN PATIN TEMPOYAK

Resipi Patin Tempoyak Letak Timun. Sedap & Memang Padu.

BAHAN-BAHAN:

  • Ikan patin – basuh dengan air asam jawa untuk hilangkan hanyir
  • 2-3 batang serai – diketuk
  • 1/2 sudu makan gula
  • 1/2 sudu makan garam
  • Sedikit bahan perasa
  • Air secukupnya – terpulang nak kuah banyak mana
  • 1 cawan tempoyak
  • 1 batang timun – belah dua, buang empulur, & potong serong

BAHAN TUMBUK (GUNA LESUNG BATU)

  • 10 biji cili padi
  • 2 biji cili merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • Sedikit kunyit hidup – boleh juga guna serbuk kunyit
    (INFO: tumbuk jangan sampai terlalu lumat)

CARA MEMASAK:

1. Satukan semua bahan (kecuali ikan dan timun) ke dalam periuk. Renehkan hingga betul-betul mendidih.

2. Kemudian masukkan timun. Masak hingga lembut.

IKLAN

3. Seterusnya masukkan ikan dan biarkan hingga ikan masak sepenuhnya.

4. Perasakan dengan perasa dengan secukupnya. Padamkan api.

5. Jika mahu rasa yang lebih beraroma, boleh masukkan daun kesum.

Resipi Patin Tempoyak Letak Timun. Sedap & Memang Padu.

Resipi Patin Tempoyak Letak Timun. Sedap & Memang Padu.

IKLAN

Kredit resipi & foto: Mariana Zainal

 

Tercari-cari RICE COOKER yang berkualiti dengan harga yang berpatutan? Boleh dapatkan DISINI.

 

IKLAN

Nak lebih banyak resipi best? Boleh cuba resipi di bawah ni:

Baru Tahu, Ini Cara Buat Sup Dumpling Homemade Yang Sedap.

Menu Istimewa Ayam Masak Vanggey, Sedap Hingga Menjilat Jari.

Cara Buat Ibu Sambal Kicap. Memang Sedap & Tahan Lama.

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI