Untitled design - 2020-12-18T085031.600

Orang utara mesti tahu masakan apa ni. Inilah masak parpu teloq. Makan dengan nasi panas-panas, tak usah lauk lain pun dah sempurna. Kalau masak parpu teloq ni, mesti nak kena letak telur rebus dengan telur pecah, baru best.

Parpu teloq
Bahan-bahan:
Kacang parpu-perlu rendam semalaman
Telur -terpulang nak rebus atau pecah
Santan- BELI ONLINE DI SINI
Serbuk kunyit-sedikit-BELI ONLINE DI SINI
Garam
Serbuk perisa-jika nak
Ubi kentang,tomato -belah 4

Bahan kisar:
Bawang besar
Bawang putih
Halia

Bahan tumis darat:
Bawang besar-hiris
Bawang putih-hiris
Daun kari
Cili kering potong-potongkan-BELI ONLINE DI SINI

TONTON DAPUR RASA LIVE: Resipi Mangolian Beef

IKLAN

Cara memasak:
1.Rebus kacang parpu yang direndam semalaman dalam periuk atau kuali.
2.Tuang bahan, kisar dengan serbuk kunyit, letak sedikit minyak.
3.Kemudian rebus sampai parpu lembut.
4.Bila dah lembut, boleh letak ubi kentang.
5.Bila ubi dah empuk letak santan, telur, garam dan serbuk perisa.
6.Kemudian letak tomato.
7.Kemudian tumis bahan yang tumis darat tadi dengan sedikit minyak.
8.Bila dah agak-agak garing,boleh tuang atas masak parpu kita tadi.Pastikan kuah mendidih dulu.Kemudian tutup api danboleh dihidang.

Kredit Resipi : masni bahari

NAK BELI KUALI NON STICK, BOLEH LIHAT DI SINI.

IKLAN

Cara Buat Tauhu Telur Homemade. Menjadi!

Aneka Resipi Telur Dadar Yang Diolah. Lebih Sedap & Mudah Masak.

IKLAN

Nak Cepat? Jom Masak Lemak Telur Dengan Kacang Panjang

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI