Nak belajar buat Kek Marble? Ini ada resipi mudah dan sedap perkongsian saudari Eita EMi yang boleh dicuba. Memang tak renyah. Pendek kata, kalau anda baru nak berjinak-jinak dalam bidang baking ni, kek jenis ni antara yang mudah dicuba. Malah rasanya pun tidak mengecewakan. Jom cuba!
CARA MUDAH BUAT KEK MARBLE SEDAP
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan tepung gandum
- 1 cawan marjerin
- 1 cawan gula halus (empunya resipi guna 3/4 cawan)
- 1 sudu makan ovalette
- 1 sudu makan baking powder
- 1 penutup esen vanilla
- 2 sudu makan serbuk coklat @ serbuk koko
- 3 sudu makan susu pekat manis
- 4 biji telur
CARA MEMASAK:
1. Pukul marjerin, gula dan ovalette sampai putih dan kembang.
2. Kemudian masukkan telur satu sebiji demi sebiji, esen vanilla dan susu pekat manis. Pukul dalam 5 minit. Hentikan mixer.
3. Masukkan tepung gandum yang telah dicampur dengan baking powder. Kaup balikkan hingga rata.
4. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian dibiarkan pada warna asal dan satu bahagian dicampur dengan serbuk coklat.
5. Sediakan loyang bersaiz 8 inci. Sapukan marjerin dan tuang adunan berselang seli sehingga habis. Diatas adunan, boleh tabur cip coklat (jika suka).
6. Bakar kek dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 40 minit. Waktu membakar mungkin berbeza bergantung pada ketuhar masing-masing.
7. Setelah masak, sejukkan dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Eita EMi
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sedap & Mudah, Resipi Biskut Telur Rebus Boleh Buat Untuk Raya
Bulan Ramadan tinggal tak berapa lama sahaja lagi. Sejurus itu, tibalah waktu yang ditunggu-tunggu iaiatu sambutan Hari Raya Aidilfitri. Ada yang masih belum mula buat biskut raya? Bagi anda yang tercari-cari resipi biskut yang mudah tapi sedap, apa kata anda cuba resipi Biskut Telur Rebus @ Biskut Cincin perkongsian saudari Mazliza Ahmad ni. Memang mudah, mudah nak terap dan rasanya sangat sedap. Rugi kalau tak cuba.
CARA BUAT BISKUT TELUR REBUS
BAHAN-BAHAN:
- 350gm mentega (beli online disini)
- 80gm gula kastor (beli online disini)
- 6 biji telur rebus – ambil kuning telur sahaja. Lenyek dengan garpu
- 1 sudu teh esen vanilla (beli online disini)
- 400gm tepung gandum (beli online disini)
- 200gm tepung jagung (beli online disini)
BAHAN HIASAN:
- Kuning telur secukupnya – dipukul
- Kacang – kisar halus
CARA MEMASAK:
1. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Kemudian masukkan kuning telur yang telah dihancurkan dan esen vanilla.
2. Keluarkan dari pengadun dan tambahkan tepung. Uli hingga jadi doh. Jika doh agak lembut, tambahkan tepung gandum sedikit demi sedikt sehingga dapat tekstur doh yang mudah dicanai dan diterap.
3. Terap dengan acuan bulat dan lubangkan ditengahnya dengan acuan yang lebih kecil. Jika tiada, boleh guna apa-apa acuan yang anda ada.
4. Sapu kuning telur pada biskut dan tabur kacang secukupnya.
5. Bakar pada suhu 140-160C selama 15-20 minit atau sehingga biskut menjadi keperangan.
Kredit resipi & foto: Mazliza Ahmad
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Biskut Tat Teratai Sedap Boleh Buat Untuk Aidilfitri Nanti.
Resipi Sambal Padang Sedap, Masak Macam Ni Tahan Berbulan-Bulan
Resipi Kek Pisang Coklat Kukus Lembut, Gebu Macam Span, Sukat Guna Cawan Je
Dumpling Soup Homemade Halal, Modal Bawah RM10 Boleh Dapat 40 Biji
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Sedapnya…Ni Cara Buat Lotus Biscoff Cheesecake Secara Homemade
Lotus Biscoff Cheesecake ni antara resipi yang viral semasa musim PKP ni. Menurut perkongsian dari saudari Anissa Mardhiah, resipi ni sangat mudah disediakan tetapi rasanya amat sedap. Wow..menarik kan? Jom cuba. Pasti puas hati dengan rasanya. Sesuai sangat ni dijadikan sajian istimewa untuk keluarga.
RESIPI LOTUS BISCOFF CHEESECAKE ( Loyang saiz 8 inci)
BAHAN BASE (ASAS):
- 90gm mentega tanpa garam (unsalted butter)
- 13 keping biskut Lotus Biscoff
BAHAN FILLING KRIM KEJU:
- 500gm krim keju ( suhu bilik)
- 200ml krim putar (whipping cream)
- 1-2 sudu makan gula ising (terpulang)
- 1 sudu teh esen vanilla
- 2 sudu makan Lotus Biscoff Spread
BAHAN TOPPING:
- 7 sudu makan Lotus Biscoff Spread
- 2-3 keping biskut Lotus Biscoff (hancurkan untuk topping atas)
CARA MEMASAK:
1. Untuk menyediakan lapisan asas (base), hancurkan biskut Lotus Biscoff hingga separa halus. Caranya ialah dengan masukkan biskut ke dalam plastik dan ketuk guna lesung batu hingga hancur.
2. Masukkan biskut ke dalam mangkuk dan ketepikan.
3. Cairkan mentega di dalam kuali dan masukkan biskut hancur tadi. Gaul rata.
4. Masukkan biskut yang dicampur mentega tadi ke dalam loyang bersaiz 8 inci yang telah dilapik dengan parchment paper. Tekan dan padatkan.
5. Simpan dalam peti sejuk dan buat pula filling krim keju.
Untuk membuat Filling Krim Keju:
1. Pukul krim keju menggunakan pengadun hingga kembang.
2. Masukkan esen vanilla, gula ising dan biscoff spread. Adun lagi hingga sebati. Ketepikan.
3. Dalam mangkuk berasingan, pukul whipping cream hingga kembang. ( whipping cream kena sejuk kalau tidak ia tidak akan kembang).
4. Satukan krim keju dan whipping cream. Kaup balikkan guna spatula perlahan-lahan hingga sebati.
5. Bila sudah sebati, tuang ke dalam loyang berisi bahan base yang telah disejukan tadi. Ratakan.
6. Masukkan ke dalam peti sejuk selama 3-4 jam sebelum mebuat topping.
Untuk membuat Topping:
1. Selepas krim keju disejukkan selama 3-4 jam, cairkan Lotus Biscoff Spread menggunakan api kecil hingga cair. Kemudian sejukkan sedikit.
2. Tuang Biscoff Spread cair tadi ke atas krim keju hingga rata.
3. Masukkan semua kek keju di dalam peti sejuk selama 1-2 jam.
4. Bila kek keju sudah pejal sepenuhnya, tabur biskut yang dihancurkan mengikut kreativiti masing-masing.
5. Sedia untuk dinikmati.
Anda tengah nak cari ketuhar, pengadun dan pelbagai barangan kelengkapan rumah tapi tak jumpa yang berkenan? RASA kongsikan seleksi barangan yang boleh anda miliki dengan HARGA MAMPU MILIK. Sangat berbaloi.
Kredit resipi & foto: Anissa Mardhiah
ANDA JUGA BOLEH CUBA SELEKSI KEK-KEK LAIN:
Enak Dan Rangup, Biskut Badam Pilihan Terbaik . Resipi Ori dari ‘Yummilicious’
Kacang badam atau ‘almond’ adalah kacang yang kaya dengan pelbagai nutrisi dan khasiat dan dipercayai bermanfaat untuk kesihatan mahupun kecantikan.
Badam mengandungi protein, serat, kalsium, magnesium, kalium, zinc, selenium, kuprum, phosphorus, biotin, riboflavin, niacin, besi, vitamin E serta antioksida lain yang tinggi.
Selalunya kacang badam dicampur dalam makanan untuk menambahkan lagi kelazatan seperti di dalam aiskrim , biskut, coklat, atau pun salad.
Menariknya,kacang badam adalah kacang yang tidak menimbulkan jerawat di muka yang menjadi mimpi ngeri bagi wanita.Sebenarnya anda tidak perlu takut mengambil badam kerana walaupun badam mengandungi kuantiti lemak yang tinggi, namun 90% dari lemak dalam badam adalah lemak tidak tepu. Malahan minyak badam yang kaya dengan vitamin E ini sering digunakan dalam produk kecantikan kulit.
Jom kita dapatkan khasiat badam dengan membuat biskut raya berasaskan badam. Resepi ni dari Nor Shahidah Mohd Mahayadin dari Yummilicios Cakes n Cookies yang sudi berkongsi resepi dengan RASA.
1.FLUFFY ALMOND COOKIES
BAHAN-BAHAN :
- 250 gm minyak sapi
- 175 gm mentega
- 200 gm oat | dikisar
- 615 gm tepung gandum | diayak
- 320 gm gula kastor
Bahan hiasan :
- Kuning telur dan badam
CARA MEMASAK :
1. Pukul minyak sapi, mentega dan gula hingga sebati.
2. Masukkan oat dan tepung gandum.
3.Bentukkan doh ikut bentuk kesukaan anda.
4. Sapukan kuning telur dan hiaskan kacang badam di atasnya.
5. Panaskan oven, bakar suhu pada suhu 170 darjah celcius hingga perang keemasan.
Saiz hidangan : 50 -60 keping
Waktu memasak: 17 minit
Cara Memasak : Bakar
Jenis masakan : Biskut
Keistimewaan: Ramuan oat yang sungguh sedap dan rangup
Anggaran kos: RM 15
INFO CHEF : Anda boleh juga memasukkan badam hancur ini ke dalam ramuan adunan untuk rasa lebih rangup.
2. ALMOND SHORTBREAD COOKIES
BAHAN-BAHAN :
- 200gm mentega
- 80gm gula aising
- 250gm tepung gandum | diayak
- 80gm badam kisar
Bahan hiasan :
- Coklat urai warna putih, secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Pukul mentega dan gula aising icing hingga kembang.
2 .Masukkan badam kisar dan tepung gandum, gaul rata hingga membentuk doh.
3. Terap dengan acuan pemotong biskut ikut bentuk yang disukai.
4. Hiaskan dengn coklat urai putih.
5. Panaskan oven, bakar pada suhu 170 darjah celcius. Bakar hingga perang keemasan
Saiz hidangan : 40 keping
Waktu memasak: 15- 20 minit
Cara Memasak : Bakar
Jenis masakan : Biskut
Keistimewaan : Rasa badam yang berlemak
Anggaran kos : RM 14
INFO CHEF : Jika anda mahu rasa yang lebih rangup, badan jangan dikisar terlalu halus.