Tak sangka sedap juga Pajeri Nanas tanpa santan ni. Rupanya masih menjadi resipi Pajeri Nanas walaupun tanpa santan, selama ni saya asyik ingat yang kalua masakan bersantan diolah menjadi makanan tanpa santan rasa menu itu akan berubah menjadi tak sedap ataupun lain. Resipi Pajeri Nanas tanpa santan ini telah dikongsikan di Facebook oleh Mastura Burhanuddin. Ada tips nak bagi Pajeri Nanas ni tahan lama adalah pastikan kuahnya betul-betul pecah minyak dengan api yang perlahan. Nanas yang digunakan juga memainkan peranan penting, pilih nanas yang tidak terlalu ranum. Jom kita cuba resipi ini.

PAJERI NANAS TANPA SANTAN

Resipi Pajeri Nanas Tanpa Santan Lebih Sihat Dan Jadi Pendapatan Sampingan

BAHAN-BAHAN:
1. Sebiji nanas *saiz terpulang dan jangan terlalu ranum
2. Dua paket kecil rempah kari daging – BELI DI SINI
3. Bawang merah saiz sederhana *dihiris / kisar halus – BELI DI SINI
4. Dua ulas bawang putih saiz kecil *dihiris / dikisar – BELI DI SINI
5. Sepotong halia *dihiris / dikisar – BELI DI SINI
6. Setangkai daun kari – BELI DI SINI
7. Dua sudu makan Gula perang *bergantung pada selera masing-masing – BELI DI SINI
8. Garam secukupnya 
9. Sepaket kerisik saiz sederhana – BELI DI SINI
10. Udang kering sesudu makan yg direndam terlebih dahulu *kuantiti banyak mana terpulang pada selera masing-masing – BELI DI SINI
11. 3 sudu besar Minyak masak – BELI DI SINI
12. Rempah empat sekawan

 

Dapatkan Cuoco Premium Stainless Steel Knife Set dengan harga istimewa masukkan code RASGSP5 sebelum pembayaran untuk dapatkan diskaun RM 5 DISINI !!

 

CARA PENYEDIAAN:
1. Bersihkan nanas, potong ikut selera masing-masing.
2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis halia, bawang merah, bawang putih, rempah empat sekawan dan daun kari.
3. Tumis sampai naik bau, kemudian masukkan rempah kari daging yang telah dicampurkan dengan air. Biar rempah masak dan api guna mode sederhana.
4. Untuk dapatkan kuah yang cantik, saya buat langkah pecah minyak sampai tiga kali.
*Maksudnya bila rempah pecah minyak kita tambahkan secawan air, ulang langkah yang sama sampai tiga kali.
5. Kemudian masukkan udang kering
6. Lepastu kerisik, jangan lupa add on garam dan gula perang. Banyak mana kuantiti nak letak, terpulang pada selera masing-masing.
7. Akhir sekali baru masukkan nanas. Biar dia mereneh dan nanas mesra dengan rempah.
8. Rasa kuah tu, mana yang kurang boleh tambahkan atau kurangkan. Diulang ikut selera masing-masing.
9. Bila semua dah ok. Boleh matikan api dan siap untuk dihidangkan.
Saya masak dengan api yang perlahan.

IKLAN

 

Resipi Pajeri Nanas Tanpa Santan Lebih Sihat Dan Jadi Pendapatan Sampingan
Sejam juga masa yang saya ambil, sebab nak make sure rempah masak cantik. Harapnya resepi ini dapat membantu. 

SELAMAT MENCUBA

Kredit: Mastura Burhanuddin

IKLAN

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Resipi Udang Campak Campak Tanpa Garam Dan Perasa Dah Cukup Rasa

IKLAN

Resipi Ayam Cili Hijau Guna Air Fryer Sahaja Kurang Minyak Lebih Sedap

Resipi Kuah Kacang Paling Mudah Yang Diajar Oleh Chef Hotel

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion Majalah Rasa:

https://dai.ly/x8cj81m

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI