Bila tiba Ramadan, murtabak antara hidangan ringan yang digemari ramai. Jika ahli keluarga ramai, boleh tahan juga harganya kalau dibeli. Jadi apa kata, cuba buat sendiri. Mudah je! Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

 

MURTABAK MINI AYAM KEJU

BAHAN-BAHAN:

  • Kulit popia secukupnya
  • 2 biji telur
  • Kepingan keju cheddar
  • Daun sup & daun bawang secukupnya – hiris
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit tepung gandum – bancuh dengan sedikit air untuk dijadikan gam

BAHAN INTI:

  • Isi ayam @ daging – cincang
  • Ubi kentang – potong dadu
  • Lobak merah – potong dadu
  • 1 paket kecil rempah kari daging
  • 3 ulas bawang putih – hiris
  • 1 biji bawang besar – hiris
  • 2 biji bawang besar – potong dadu
  • Air secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit minyak masak untuk menumis

 

CARA MEMASAK:

1. Bagi menyediakan inti, panaskan kuali dan tuang sedikit minyak masak. Tumis bawang yang dihiris hingga wangi.

2. Masukkan rempah kari dan sedikit air. Tumis rempah sehingga pecah minyak.

IKLAN

3. Seterusnya masukkan isi ayam, kentang dan lobak merah. Masukkan air hingga separas dengan bahan-bahan yang dimasak.

4. Setelah inti hampir kering, perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Boleh juga letak serbuk perasa.

5. Masak hingga inti betul-betul kering. Sejukkan.

6. Untuk membuat murtabak, pecahkan telur, pukul dan masukkan sedikit garam. Masukkan inti yang dimasak tadi.

7. Masukkan daun sup dan daun bawang jika suka. Kacau sebati.

IKLAN

Resipi Murtabak Mini Ayam Keju. Hidangan Ringan Paling Sedap Untuk Buka Puasa.

8. Ambil kulit popia, letak atas dulang. Letak sekeping keju di tengah-tengahnya.

Resipi Murtabak Mini Ayam Keju. Hidangan Ringan Paling Sedap Untuk Buka Puasa.

9. Ambil 3 sudu makan inti yang dicampur dengan telur tadi dan letak di atas keju.

Resipi Murtabak Mini Ayam Keju. Hidangan Ringan Paling Sedap Untuk Buka Puasa.

IKLAN

10. Lipat kulit popia denga kemas dan sapu bancuhan tepung gandum pada lipatan terakhir.

Resipi Murtabak Mini Ayam Keju. Hidangan Ringan Paling Sedap Untuk Buka Puasa.

11. Panaskan kuali dan letakkan sedikit minyak. Masak murtabak mini hingga masak dan berwarna keemasan.

Resipi Murtabak Mini Ayam Keju. Hidangan Ringan Paling Sedap Untuk Buka Puasa.

Resipi Murtabak Mini Ayam Keju. Hidangan Ringan Paling Sedap Untuk Buka Puasa.

 

Kredit resipi & foto: Saya CikPuan Hanani

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI