Jika korang pernah makan di Restoran Line Clear Penang antara menu yang popular adalah Ayam Masak Rose.

Hari ini, kita kongsikan resipi ayam masak rose ala line clear daripada Mohd Rozmie. Boleh cuba masak sendiri kat rumah nanti.

 

AYAM MASAK ROSE ALA LINE CLEAR

Resipi Mudah & Sedap Ayam Masak Rose Ala Line Clear

BAHAN-BAHAN:

1 ekor ayam
1 rempah empat sekawan
1 helai daun pandan
1 biji bawang holland – beli online di sini
1 batang serai – beli online di sini
1 sudu teh serbuk jintan putih – beli online di sini
1 sudu teh serbuk ketumbar
½ sudu teh garam masala
100gm pes tomato dalam tin
100gm santan – beli online di sini
Gula
Garam

Resipi Mudah & Sedap Ayam Masak Rose Ala Line Clear

TONTON Mango Baked Cheesecake | Dapur Rasa Live

TONTON Kue Teow Goreng | Dapur Rasa Live

IKLAN

BAHAN KISAR A:

1 inci halia – beli online di sini
20gm cili kering – beli online di sini
40gm ulas bawang putih – beli online di sini
120gm bawang besar – beli online di sini

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

BAHAN KISAR B:

120gm tomato
80gm lobak merah – beli online di sini
10gm gajus

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

IKLAN

CARA-CARA:

1. Seekor ayam saiz sedang dipotong 18. Bedakkan ayam dengan garam kunyit.
2. Panaskan minyak, goreng ayam terlebih dahulu selama 4 minit atau separuh masak dan ketepikan dulu.

Resipi Mudah & Sedap Ayam Masak Rose Ala Line Clear
3. Gunakan satu senduk lebihan minyak gorengan ayam tadi, tumis rempah 4 sekawan.
4. Masukkan bawang besar yang telah dipotong mayang. Tumis bawang sehingga layu. Masukkan daun pandan.

Resipi Mudah & Sedap Ayam Masak Rose Ala Line Clear
5. Kemudian masukkan bahan kisar A. Tumis sehingga bahan kisar A pecah minyak.
6. Bila bahan kisar A pecah minyak, masukkan bahan kisar B. Kacau sebati, masak selama 4 minit.

Resipi Mudah & Sedap Ayam Masak Rose Ala Line Clear
7. Masukkan pes tomato, kacau lagi. Bila bahan dah sebati elok, masa ini masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul sebati.

Resipi Mudah & Sedap Ayam Masak Rose Ala Line Clear
8. Masukkan serai yang telah diketuk. Kemudian masukkan serbuk jintan putih dan serbuk ketumbar kacau lagi.
9. Masukkan ½ sudu teh garam masala. Saya beli garam masala saiz kecil di pasar. Selalunya ada jual di bahagian rempah.

IKLAN

Resipi Mudah & Sedap Ayam Masak Rose Ala Line Clear
10. Gaul sebati ayam, tutup kuali dengan tudung dan biarkan masak selama 10 minit dengan api yang kecil.
11. Selepas 10 minit, buka penutup kuali tambahkan santan dan gaul sebati. Perasakan garam dan gula secukup rasa.

Resipi Mudah & Sedap Ayam Masak Rose Ala Line Clear
12. Kemudian biarkan mereneh selasa 10 minit lagi supaya santan betul-betul masak.

Kredit resipi: Mohd Rozmie

Resipi Mudah & Sedap Ayam Masak Rose Ala Line Clear

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Cara Buat Creamy Cheesy Popia Carbonara, Mudah & Sedap

Ropa Inti Daging, Mudah Je Nak Buat Kuih Warisan Orang Terengganu Ni

Confirm Puas Hati, Mudah Je Nak Buat Mee Sizzling Di Rumah

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI