Kebiasaannya kita makan nasi lemak yang berwarna putih sahaja. Tetapi istimewanya di Kedah, nasi lemaknya berwarna kuning dan dimasak dengan menggunakan kaedah tumis.

Menerusi perkongsian daripada Nor Asiah, resipi nasi lemak kuning daripada arwah ibunya ini tidak menggunakan santan.

 

CARA BUAT NASI LEMAK KUNING

Resipi Mudah Nasi Lemak Kuning Tanpa Santan

BAHAN-BAHAN BERAS:

2 tangkai daun kari*
Bawang kecil | hiris* – beli online di sini
Bawang putih | hiris* – beli online di sini
Halia* – beli online di sini
4 sekawan* (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga)
Daun pandan*
Sedikit serbuk kunyit*
2 @ 3 sudu besar planta (ikut citarasa masing-masing, kalau nak moist letak lebih, kalau nak kering, letak sedikit)
Sedikit minyak untuk menumis
Kiub pati ayam – beli online di sini
Garam

Resipi Mudah Nasi Lemak Kuning Tanpa Santan

IKLAN

TONTON Dapur Rasa Live: Nasi Dagang Kelantan & Gulai Udang Diraja

TONTON Dapur Rasa Live: Ikan, Sotong & Udang Celup Tepung 

CARA-CARA:

1. Tumis bahan yang bertanda * di dalam periuk hingga wangi. Kemudian masukkan air, garam dan sedikit kiub ayam maggi. Kacau-kacau.
2. Bila air mendidih, masukkan beras. Masak hingga masak.
3. Bila dah masak, buka tudung periuk dan masukkan planta. Tutup kembali tudung periuk. Biar selama 4 minit. Buka dan kacau-kacau.
*saya masak nasi menggunakan rice cooker.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

IKLAN

Resipi Mudah Nasi Lemak Kuning Tanpa Santan

BAHAN UNTUK SAMBAL:

Cili kering | kisar – beli online di sini
Bawang besar + sedikit belacan | kisar
Sedikit sos tiram
Sedikit sos cili
Bawang putih | diketuk

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

CARA BUAT:

IKLAN

1. Tumis bawang putih hingga wangi. Kemudian masukkan cili kisar. Kacau-kacau.
2. Masukkan bawang kisar, sos cili, sos tiram dan sedikit gula melaka.
3. Tumis sampai naik minyak. Kemudian masukkan sedikit air, sedikit air asam jawa dan garam.
4. Bila dah mendidih, boleh masukkan lauk apa yang suka sama ada udang, ikan atau sotong.
5. Bila nak makan, bolehlah hidangkan nasi lemak bersama ikan bilis goreng dan telur rebus.

Kredit resipi: Nor Asiah

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Nak Meniaga Pulut Kuning & Rendang Ayam? Wanita Ini Kongsi Resipi & Tip 

Ini Tip Untuk Buat Muffin Bluerberry Jadi Moist & Gebu 

Buat Peminat Tosei, Ini Resipi Lengkap Bersama Idli & Chutney Kelapa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI