Sambal Goreng Jawa memang enak dinikmati bersama nasi panas. Jika hari raya, Sambal Goreng Jawa juga dimakan bersama nasi impit dan lontong. Boleh disimpan dalam tempoh yang agak lama bergantung pada cara penyimpanan, Sambal Goreng Jawa ini memang menjadi menu pembuka selera pada bila-bila masa pun. Mari kita cuba resipi Sambal Goreng Jawa seperti yang dikongsikan oleh Ummi Idayu ini.

RESIPI SAMBAL GORENG JAWA

Resipi Mudah Masak Sambal Goreng Jawa, Boleh Buat Stok Bersahur & Berbuka

BAHAN-BAHAN:

Bawang merah (kisar) – BELI SINI
Bawang putih (kisar) – BELI SINI
Bawang besar (hiris)
Sedikit cili kering (kisar) – BELI SINI
Tempe dipotong dadu kecil-kecil lalu digoreng
Tauhu dipotong dadu kecil-kecil lalu digoreng
Cili merah dan cili hijau dihiris halus
Petai dihiris halus
Serai dihiris halus
Tetel direbus terlebih dahulu lalu dihiris nipis
Udang basah (saiz kecil)
Santan
Air asam jawa –BELI SINI
Sedikit belacan – BELI SINI
Sedikit gula merah, gula pasir dan garam

Resipi Mudah Masak Sambal Goreng Jawa, Boleh Buat Stok Bersahur & Berbuka

CARA-CARA MEMBUAT:

1. Tumis semua bahan yang telah diblender tadi. Masak sampai betul-betuk kering dan naik bau, baru masukkan air asam jawa dan sedikit belacan. Belacan boleh ramas-ramas masuk dalam air asam jawa tadi. Selepas itu masukkan tetel, udang, gula merah, gula pasir dan garam.

2. Masukkan santan. Kalau guna santan segar lagi enak tapi  kalau hendak tahan lama, campurlah dengan santan kotak.

IKLAN

3. Masukkan hirisan bawang besar, cili merah, cili hijau dan juga serai. Masak sekejap sahaja supayasayuran tu lecur. Macam ada rasa ranggup sedikit.

4. Masukkan petai, tempe dan tauhu.

5. Masak lagi sampai sama rata. Rasakan masin manisnya.

IKLAN

6. Inilah hasilnya. Memang nampak amat menyelerakan.

Resipi Mudah Masak Sambal Goreng Jawa, Boleh Buat Stok Bersahur & Berbuka

Sumber kredit: Ummi Idayu

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

IKLAN

Ayam Bakar Rangup Di Luar, Lembut Di Dalam Memang Ketagih Makan

Kudapan Manis Masam Pedas Ala Korea, Danmuji & Kkakdugi

Kanom Krok Lembut, Gebu Dan Asyik Bila Makan, Buat Sendiri Puas Makan

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

https://www.youtube.com/watch?v=-Vj4zr_00Qc

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI