Apam kampung menu yang disukai kebanyakan kita. Resipi apam kampung mesti jadi ini menggunakan bahan yang mudah.
Jom kita buat ikut resipi yang dikongsi saudari Arm Ika.
RESIPI CARA BUAT APAM KAMPUNG
BAHAN-BAHAN:
1 paket yis – beli online di sini
2 ½ cawan air
11 @12 sudu besar gula – beli online di sini
5 cawan tepung gandum – beli online di sini
TONTON Dapur Rasa Live: Asam Pedas Ikan Kembung
TONTON Dapur Rasa Live: Roti Pintal Kurma
CARA-CARA:
1. Satukan yis, air dan gula. Biar dalam 10 minit untuk yis berbuih.
2. Lepas yis berbuih, tuang sikit-sikit air yis ke dalam tepung dan kacau sebati. Dah siap kacau, baru didihkan air kukusan.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
3. Sambil tunggu air mendidih, sapu acuan dengan minyak dan isi adunan ¾ penuh dari acuan.
4. Kukus dengan menggunakan api besar selama 10-15minit. Tunggu sejuk sebelum dihidang.
[KLIK DI SINI SERTAI PERADUAN RASA MERDEKA: AISKRIM MALAYSIA TETAP DI HATI – KLIK, SHARE & MENANG]
Kredit resipi: Arm Ika
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tip Buat Bolu Kukus Yang Sedap, Lembut Gebu & Merekah Sempurna
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Korang Kena Try Buat 3 Cara Masak Telur Dadar Ni, Sedap Sangat
Telur dadar biasanya kita buat bubuh bawang dan garam je kan? Jom ubah sikit. Telur dadar boleh berubah jadi lebih istimewa. Silap-silap boleh jadi kudapan yang enak dimakan begitu sahaja.
TELUR DADAR TOMATO BERKEJU
Bahan-Bahan
4 biji telur ayam
1 sudu besar mayones
50 gram keju mozarella (disagat)
Sedikit garam
1/2 biji lada benggala (dihiris)
Minyak masak untuk menggoreng
1 biji tomato (dipotong bulat)
Cara Memasak
1. Pecahkan telur ayam di dalam mangkuk besar. Masukkan mayones, keju dan garam secukup rasa. Pukul hingga kembang.
2. Kemudian masukkan hirisan lada benggala. Kacau rata. Rehatkan seketika.
3. Panaskan minyak di dalam kuali menggunakan api kecil dan masukkan bancuhan telur tadi. Letak kepingan tomato diatasnya. Tutup kuali dan biarkan masak.
4. Terbalikkan dengan berhati-hati sehingga kedua-dua bahagian telur menjadi warna kekuningan. Angkat dan hidangkan panas-panas.
TELUR DADAR CENDAWAN
Bahan-Bahan
4 biji telur ayam
6 biji cendawan butang (dihiris nipis)
1 biji bawang besar (didadu)
1 biji cili merah (dihiris halus)
2 ulas bawang putih (dicencang)
1 pokok daun sup (dicencang halus)
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Minyak masak
Cara Memasak
1. Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan pukul sehingga kembang.
2. Masukkan semua bahan di atas dan kacau sehingga rata. Perasakan dengan garam secukup rasa.
3. Panaskan kuali dan panaskan minyak masak secukupnya.
4. Masukkan bancuhan telur dan masak menggunakan api yang kecil. Tutup kuali menggunakan tudung periuk dan biarkan masak.
5. Balikkan telur dengan berhati-hati. Angkat apabila masak dan menjadi warna keperangan. Sedia untuk dihidangkan.
TELUR DADAR BROKOLI
Bahan-Bahan
4 biji telur ayam
1 sudu besar mayones
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
Sedikit garam
100 gram brokoli (dihiris halus)
1 biji bawang besar kuning (dicencang)
1 biji cili merah (dihiris)
50 gram isi ayam rebus (dicarikkan)
Minyak masak untuk menggoreng
Cara Memasak
1. Pecahkan telur di dalam mangkuk besar. Masukkan mayones, serbuk lada hitam dan garam secukup rasa. Pukul hingga kembang.
2. Kemudian masukkan hirisan brokoli, bawang besar, cili merah dan isi ayam. Kacau rata. Rehatkan seketika.
3. Panaskan minyak di dalam kuali menggunakan api kecil dan masukkan bancuhan telur tadi. Tutup kuali dan biarkan masak.
4. Terbalikkan dengan berhati-hati hingga kedua-dua bahagian telur menjadi warna kekuningan. Angkat dan hidangkan panas-panas.
Selamat mencuba!
Sambal Tauhu Tempe & Kacang Panjang Pedas Yang Enak
Hidang yang lengkap dengan nutrisi daripada tauhu, tempe, dan kancang panjang.
SAMBAL TAUHU TEMPE DAN KACANG PANJANG
BAHAN-BAHAN
- 8 tangkai kacang panjang ] basuh dan potong serong
- 2 keping tauhu ] potong dadu besar
- 1 keping tempe ] potong
- 2 ulas bawang merah ] hiris nipis
- 1 ulas bawang putih ] hiris nipis
- Garam dan serbuk perasa secukupnya
- Minyak masak secukupnya
- Sedikit serbuk kunyit
- Bawang goreng secukupnya
BAHAN-BAHAN PES:
- 100gm cili kering ] buang biji dan rendam
- 3 biji bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 2.5cm belacan ] pilihan
- 1/2 cawan kecil air asam jawa
- Minyak masak secukupnya
CARA-MEMASAK PES:
- Semua bahan tersebut dikisar sehingga lumat. Panaskan ¼ minyak masak.
- Tumis bahan kisar hingga naik bau dan sedikit garing. Angkat dan sejukkan.
- Masukkan ke dalam bekas kedap berkaca (supaya tahan lama). Simpan di dalam peti sejuk. Sedia untuk digunakan.
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan goreng tempe hingga agak garing. Angkat dan ketepikan.
- Menggunakan minyak yang sama, tumis bawang merah, bawang putih dan sedikit serbuk kunyit.
- Setelah terbit bau, masukkan pes sambal dan kacau hingga naik bau.
- Masukkan kacang panjang, tauhu dan tempe. Kacau hingga rata, dan masukkan perasa dan garam secukup rasa. Gaul sebati.
- Kemudian angkat dan tabur bawang goreng sebelum dihidangkan.
Saiz hidangan: 2-3 orang
Waktu memasak: 25 minit
Jenis hidangan: Melayu
Keistimewaan: Tauhu dan tempe serasi digandingkan
Jenis masakan: Lauk pauk
Cara memasak: Goreng
5 Tip Pilih Kelapa Muda Banyak Air Dan Elok Isinya. Cubalah Resipi Ni Sekali..
Tengah panas terik minum air kelapa muda memang menyamankan. Dapat pulak hirup isinya sekali, memang puas rasanya.
Tapi kesedapan air kelapa muda dan isinya ini bergantung kepada kualiti buah kelapa yang dipilih. Kalau tersalah pilih memang ke laut lah hasilnya. Kelapa muda yang elok tekstur isinya lembut dan tidak keras serta mempunyai kandungan air yang agak banyak.
Di sini min kongsikan 5 perkara yang perlu diperhatikan apabila membeli atau memilih kelapa muda yang berkualiti.
1. Warna Kulit
Ramai yang menganggap kelapa muda harus berwarna hijau keseluruhannya. Padahal warna buah kelapa sebenarnya dipengaruhi oleh tempat tumbuhnya. Kelapa yang tumbuh di kawasan pantai biasanya berwarna agak kekuningan, manakala di kawasan berbukit bukau berwarna hijau muda. Dikatakan kelapa yang tumbuh di kawasan berbukit lebih banyak dan isinya lebih manis.
2. Serat Kelapa
Selain mengelakkan daripada memilih kelapa berwarna coklat tua, pastikan kelapa yang dipilih ada serat berwarna perang di bahagian luarnya. Serat berwarna perang menunjukkan ia masih dalam keadaan segar dan muda.
3.Tangkai Kelapa
Jika anda perhatikan di bahagian pangkal atass kelapa terdapat lingkaran atau kelopak yang bersambung dengan bahagian tangkainya. Lingkatan pada hujung tangkai itu menandakan usia kelapa. Jika kelapa muda biasanya memiliki garis pusat lingkaran yang tidak terlalu lebar. Tetapi kelapa tua pula kelopak lingkarannya sangat lebar.
4. Kandungan Air
Kalau nak tahu kandungan air dalam kelapa, senang aje goncang-goncangkan buahnya. Kelapa muda sudah pasti kandungan airnya banyak, jadi sikit atau banyaknya boleh diagak melalui bunyi airnya bila digoncang.
5. Isi kelapa
Tesktur dan rasa isi kelapa yang manis memang sedap. Nak tahu kelapa yang memiliki isi yang tipis lembut dan muda, cubalah menepuk-nepuk buah kelapa tersebut. Kalau terasa bergetar tandanya isinya elok dan lembut dan mudah disudukan
Sumber : Kumparan.com
Di bawah ni min kongsikan resipi menggunakan air kelapa muda dan isinya. Resipi dari perkongsian Mat Gebu yang popular dari lamannya tiffinbiru.com
AGAR-AGAR PANDAN KELAPA MUDA
BAHAN-BAHAN :
- 600 ml air kelapa muda dari 2 biji kelapa muda * tambah air mineral jika kurang
- Isi kelapa muda secukupnya
- 5 gram serbuk agar-agar
- 2 camca besar gula * ikut tahap kemanisan yang anda suka
- 1 helai daun pandan.disimpul
- 3-4 titik pewarna hijau makanan
CARA MEMBUATNYA :
1. Sediakan acuan kegemaran anda. Isi kelapa muda dipotong kecil dan masukkan ke dalam acuan. Ketepikan.
2. Dalam periuk masukkan serbuk agar2, gula dan daun pandan. Tuang air kelapa tadi dan kacau hingga rata.
3. Masak dengan api kecil hingga mendidih dan gula larut. Masukkan pewarna hijau makanan, kacau hingga rata.
4. Tapis bancuhan agar-agar dan boleh tuang ke dalam bekas yang berisi isi kelapa muda tadi. Biarkan hilang wap panas dan boleh simpan dalam peti sejuk. Sedap dimakan dingin sebagai pencuci mulut.