Musim open house tiba lagi! Bagi yang belum tahu nak masak apa untuk tetamu, resipi yang RASA kongsikan ini pasti boleh membantu. Antara pilihan terbaik yang boleh anda cuba ialah Mi Rebus Johor resipi perkongsian Puan Faziatun Nisa Yusof Basha ni. Siap dengan resipi langkah demi langkah. Jadi senanglah ank cuba!
MI REBUS JOHOR
BAHAN-BAHAN:
1kg mi kuning- dicelur
BAHAN KISAR:
100g udang basah
3 sudu besar udang kering
2 biji bawang besar
3-4 ulas bawang putih
2 inci lengkuas
5-6 tangkai lada kering
BAHAN KUAH:
3 biji keledek- direbus dan dilecek
150-200g daging cincang/ daging tetel
1 batang serai
2 sudu besar serbuk kari daging
2 sudu besar taucu – kisar
Garam dan gula secukupnya
Air secukupnya
BAHAN HIASAN:
Tauge – dicelur
Tauhu goreng
Telur rebus
Bawang goreng
Lada potong
Daun bawang
IKLAN
CARA MEMASAK:
1. Rebus keledek dan lecek.
2. Tumis serai di belah dua.
3. Masukkan bahan blender. Tumis sehingga pecah minyak.
IKLAN
4. Masukkan serbuk kari dan tumis lagi.
5. Masukkan daging cincang dan tambah air.
6. Biar mendidih dan masukkan taucu kisar.
IKLAN
7. Masukkan keledek lecek, reneh sehingga kanji keledek memekatkan kuah.
8. Perasakan dengan garam dan gula.
9. Celur mi dan tauge. Goreng tahu dan rebus telur.
Resipi makan malam yang paling mudah, ringkas dan mengenyangkan perkongsian dari saudari Cik Pooja. Kalau sesiapa suka makan bihun supPAMA, ha…resipi ni rasa dia memang hampir sama. Buat sendiri barulah boleh makan puas-puas. Selamat mencuba!
BIHUN SUP ALA PAMA ( sukatan 2 orang makan)
BAHAN UTAMA:
2 ulas bawang putih – ditumbuk
2 ketul kiub pati ayam
1 sudu teh lada sulah (lada putih)
Sedikit daun sup dan daun bawang
Bihun secukupnya
1 liter air
BAHAN LAIN:
Secubit garam – jika perlu
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga kekuningan.
2. Masukkan air, kiub pati ayam, lada sulah, daun sup dan daun bawang. Kacau hingga kiub pati ayam larut.
3. Bila kuah dah mendidih, masukkan bihun. Renehkan hingga bihun masak sempurna.
4. Rasa kuah dan jika kurang masin, tambah sedikit garam.
5. Siap dan sedia untuk dinikmati.
INFO:
Serbuk lada sulah / lada putih amat penting dalam resipi ini kerana bahan ini yang membuatkan sup jadi lebih sedap dan wangi.
Jika suka pedas, boleh tambah serbuk cili.
Untuk lebih sedap, boleh juga tambah isi ayam atau lobak merah yang dipotong dadu.
Kalau ada yang buntu nak masak apa untuk hidangan makan malam, boleh hidangkan spaghetti bersama kuah Bolognese homemade. Lagi puas hati bila masak sendiri kuah sos Bolognese meatball chicken. Jom kita cuba resipi yang dikongsikan Nazri Mat Zain ini. Sesuai untuk hidangan buat keluarga tercinta.
1. Mula-mula, rebus tomato dan lobak merah yang sudah dipotong hingga mendidih dan kulit tomato menggelupas. 2. Bila sejuk, tanggalkan kulit tomato yang menggelupas. Lakukan sampai habis. 3. Kemudian, kisar buah tomato tadi bersama lobak merah dan 3 @ 4 tangkai cili kering (bagi saya, kalau tak pedas tak sedap). Ketepikan.
4. Masukkan separuh mentega ke dalam kuali. Tumis sekejap bawang holland dan bawang putih hingga naik bau. 5. Masukkan bahan yang dikisar tadi dan ayam kisar atau daging burger. Masak hingga mendidih. Pastikan guna api perlahan ye.
6. Bila kuah dah mendidih letup-letup tu, masukkan tomato puree, sos cili, gula, garam dan serbuk perasa secukup rasa. Kacau rata.
7. Masukkan bebola ayam atau daging (tak kisah guna yang mana). Masak hingga mendidih. 8. Masukkan oregano. Saya suka masukkan lebih oregano sebab rasanya akan menjadi lagi sedap. 9. Akhir sekali, masukkan separuh lagi baki mentega yang ada. Biarkan mentega cair dengan sendirinya. Kacau-kacau dan angkat.
10. Kuah meatballs ni biar ada rasa masin, manis dan masam. Pandai-pandailah nak mengolahkannya. Siap untuk dihidangkan.