Tercari-cari resipi Mi Goreng Basah yang sedap dan mudah? Resipi perkongsian saudara Veera Saravanan ni antara yang terbaik boleh dicuba. Bahan-bahan yang digunakan juga tidak terlalu sukar untuk diperolehi. Tengok je pun dah nampak sedap. Jom cuba. Pasti anda puas hati dengan rasanya.

CARA MASAK MI GORENG BASAH PALING SEDAP

Resipi Mi Goreng Basah Paling Sedap. Cuba Resipi Ni Confirm Laris!

BAHAN-BAHAN:
1kg mi kuning – rendam dalam air panas selama lima minit.
1 paket fish ball – potong nipis
1 paket fish cake – potong nipis
300gm sawi hijau – potong dalam 5 cm.
3 biji tauhu putih – potong kecil dan goreng terlebih dahulu
1 biji bawang besar – mayang halus
5 ulas bawang putih – cincang halus
3 sudu makan serbuk cili merah beli online disini
5 sudu makan kicap pekat beli online disini
5 sudu makan sos cili beli online disini
1 cawan air
Garam dan lada sulah secukup rasa
4 biji telur ayam
Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:
1.Tumis bawang merah dan bawang putih sampai wangi.
2. Masukkan tauhu, fish cake dan fish ball. Letak sedikit garam.
3. Masukkan batang sawi yang telah diketuk sedikit. Ketuk ketuk sikit batang sawi ni. Tambahkan juga serbuk cili. Kacau hingga sebati dan pecah minyak.

Resipi Mi Goreng Basah Paling Sedap. Cuba Resipi Ni Confirm Laris!
4. Kemudian masukkan mi kuning yang telah direndam dalam air panas.
5. Tambah kicap pekat dan sos cili. Kacau lagi sekali biar sebati.

Resipi Mi Goreng Basah Paling Sedap. Cuba Resipi Ni Confirm Laris!
6. Tuang 1 cawan air dan biar mendidih dan sampai pekat.
7. Masukkan daun sawi dan telur. Tabur sedikit lada sulah dan garam atas telur dan kacau semua bahan sekali.

IKLAN

Resipi Mi Goreng Basah Paling Sedap. Cuba Resipi Ni Confirm Laris!
8. Pakai dua senduk masa mengacau mi supaya lebih mudah. Api juga perlu besar semasa memasukkan telur ke dalam mi.
9. Bila semua bahan sebati, rasa mi untuk perasanya. Jika garam sudah cukup, padamkan api.
10. Mi Goreng Basah confirm laris siap untuk dihidangkan.

Resipi Mi Goreng Basah Paling Sedap. Cuba Resipi Ni Confirm Laris!

Kredit resipi & foto: Veera Saravanan

 

IKLAN

Beli disini: [su_button url=”https://www.goshop.com.my/products/cuoco-grade-420-stainless-steel-knife-set-20166316?utm_source=rasa&utm_medium=referral&utm_campaign=POC” style=”soft” background=”#efbb2d” color=”#190e0e” size=”6″ icon_color=”#db1616″]Cuoco Grade 420 Stainless Steel Knife Set[/su_button]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Resipi Ayam Geprek Berempah ‘Extra Spicy’. Memang Padu!

IKLAN

Pucuk Ubi Goreng Resipi Dari Ig Live Dato’ Rizalman. Mudah & Memang Sedap

Resipi Hokkaido Baked Cheese Tart Yang Sedap & Mudah

Cara Buat Apam Lenggang Sedap. Bahan-Bahan Sukat Guna Cawan Je

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

https://www.youtube.com/watch?v=RFAn19ua4ig

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI