Mi calong bahan ramuan dari mi lidi adalah masakan mudah yang popular di Terengganu dan Pahang, tidak memerlukan bahan yang banyak dan paling penting bebola ikan fresh buat sendiri! Supnya aje sudah cukup membuatkan kita nak menghirup berkali-kali

MI CALONG

Resipi Mi Calong @ Mi Lidi , Bebola Ikan Segar Jadi Tambah Sedap.

BAHAN-BAHAN:

Resipi Mi Calong @ Mi Lidi , Bebola Ikan Segar Jadi Tambah Sedap.

  • Mi lidi LongFong
  • Lada hitam biji segenggam nak berasap lagi boleh tambah lagi.
  • Bawang Merah sesuka hati nak banyak mana | 5 ulas dah okay
  • Bawang putih sesuka hati nak banyak mana | 3- 4 ulas

CARA MEMASAK:

Resipi Mi Calong @ Mi Lidi , Bebola Ikan Segar Jadi Tambah Sedap.

Resipi Mi Calong @ Mi Lidi , Bebola Ikan Segar Jadi Tambah Sedap.

1. Mi lidi dicelur terlebih dahulu jangan lembut sangat sebab nanti nak masukkan sekali dalam kuah. Toskan. Letak tepi dulu.
2. Tumbuk lumat lada hitam biji.
3. Masukkan bawang merah dan bawang putih tumbuk sekali dengan lada hitam tadi. Guna lesung untuk rasa lebih asli.
4. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis segala bahan yang ditumbuk sampai dapur bau semerbak dgn tumisan bawang lada hitam
5. Letak air dalam tumisan tadi. Ikut nak kuah banyak mana. Biarkan menggelegak.

IKLAN

Sementara tunggu menggelegak tu, kita siapkan bahan seterusnya :

  • Ikan tenggiri/ikan selayang
  • Sawi

Resipi Mi Calong @ Mi Lidi , Bebola Ikan Segar Jadi Tambah Sedap.

1. Asingkan isi ikan mentah dari tulangnya. Tumbuk dalam lesung yang sama kita guna untuk tumbuk bawang lada hitam tadi.

2. Jangan basuh dulu lesung yang tumbuk bawang nanti boleh terus  guna untuk tumbuk isi ikan pulak.

IKLAN

3. Isi ikan mentah yang  dah lumat tu tambahkan dengan sedikit garam dan gaul sebati.

4.  Bulat bulatkan isi ikan mentah sebesar hujung ibu jari .

5.  Masukkan bebola ikan mentah dalam kuah yang tengah menggelegak tadi.
     Masukkan mi lidi yg dicelur tadi.

6.  Akhir sekali masukkan sawi.

IKLAN

Nota: Boleh jugak guna bebola ikan ini untuk masuk dalam tumis sawi. Bahan sama jugak. Bawang dengan lada hitam tumis dulu, masukkan air, masukkan fucuk dan bebola. Masukkan suhun dgn sawi. Siap boleh buat lauk makan dengan nasi

Kongsi resipi: Nur Fatin Azeema

INGIN MENCARI PERALATAN DAPUR DAN PRESSURE COOKER UNTUK MASAK SUP ATAU MI CALONG BOLEH LAYARINYA DI SINI.

ANDA MUNGKIN JUGA MENYUKAI RESIPI INI :

DAN JUGA RESIPI INI :

Cara Masak Bihun Sup Tumis Sedap Guna Serbuk Lada Sulah.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI