Terasa nak makan Mi Bandung tapi nak resipi paling mudah dan sedap? Resipi perkongsian saudari Mariana Zainal ini tentunya yang anda patut cuba. Bahan-bahan digunakan sangat mudah dan hasilnya memang membuka selera. Pendek kata tak rugilah kalau cuba.

 

RESIPI MI BANDUNG MUDAH & SEDAP

Resipi Mi Bandung Penuh Lauk Yang Sedap & Mudah Buat.

BAHAN-BAHAN:

  • Mi kuning secukupnya  | basuh dan celur seketika
  • Sedikit isi ayam | dihiris
  • Udang segar | jumlah terpulang pada citarasa
  • 2-3 keping tauhu | dipotong dan digoreng seketika
  • 1-2 batang lobak merah | dipotong
  • Putik jagung
  • Sedikit sawi
  • 1 biji tomato | belah 4
  • 4 biji telur
  • 1 cawan sos cili
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 1 1/2 sudu makan tepung jagung | (bancuh dengan 1 cawan air
  • 3 sudu makan gula pasir
  • 1 sudu makan garam
  • Bahan perasa secukupnya | jika perlu
  • 2 liter air | jika kuah pekat, boleh lebihkan. Jika kuah cair, boleh tambah air bancuhan tepung jagung
  • 3 senduk minyak untuk menumis

BAHAN SAMPINGAN:

  • Daun sup
  • Bawang goreng
  • Cili padi

BAHAN KISAR:

  • 15 tangkai cili kering
  • 1 1/2 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 sudu makan udang geragau kering | boleh ganti dengan 3 sudu makan udang kering

CARA MEMASAK:

IKLAN

1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar, gula, garam dan bahan perasa hingga garing dan betul-betul pecah minyak.

2. Kemudian masukkan sos cili dan sos tiram. Kacau seketika.

3. Masukkan ayam. Biar hingga empuk barulah dimasukkan air. Biar hingga mendidih.

4. Seterusnya masukkan lobak merah dan tomato.

IKLAN

5. Bila kuah dah mendidih kuat, pecahkan telur. Jangan kacau kerana nak biarkan telur masak sebiji-sebiji.

6. Bila telur sudah masak, masukkan sawi, udang dan tauhu.

7. Untuk pekatkan kuah, masukkan air bancuhan tepung jagung secukupnya. Biar mendidih seketika dan sesuaikan rasa.

Resipi Mi Bandung Penuh Lauk Yang Sedap & Mudah Buat.

IKLAN

8. Siap dan sedia untuk dinikmati bersama mi.
Resipi Mi Bandung Penuh Lauk Yang Sedap & Mudah Buat.

Kredit resipi & foto:  Marina Zainal 

 

ANDA JUGA BOLEH CUBA:

 

Rangup Macam Keropok. Ini Cara Buat Rempeyek Bayam Sedap.

Kari Ayam & Ubi Kentang Bagi Yang Tidak Makan Pedas

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI