Nak cuba buat sesuatu yang sedap dan menyihatkan? Cuba buat mentega kacang homemade tanpa gula ni. Jika beli di kedai, mentega kacang versi ini memang harganya lebih mahal dari yang biasa. Tapi usah risau kerana sekarang anda boleh hasilkan sendiri. Menarik kan? Jom lihat resipi perkongsian saudari Siti Iela dan bahan-bahan yang diperlukan.
MENTEGA KACANG HOMEMADE TANPA GULA
BAHAN-BAHAN:
- 500gm kacang tanah tanpa kulit
CARA MEMASAK:
1. Sangai kacang tanah tanpa minyak. Guna api perlahan dan sentiasa kacau supaya tidak hangus.
2. Masak hingga kacang jadi seperti ini.
3. Kisar kacang menggunakan pengisar kering.
4. Kisar sehingga mendapat tekstur likat seperti ini.
5. Siap untuk dinikmati.
6. Jika mahu mentega kacang yang ada tekstur kasar, ambil segenggam kacang tanah yang disangai, tumbuk kasar dan campurkan dalam bekas mentega kacang tadi. Gaul rata dan siap untuk digunakan.
7. Selamat mencuba.
Kredit resipi & foto: Siti Iela
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Tauhu Bergedel dan Cili Kicap, Sesuai Untuk Bisnes
Kalau anda ingin buat bisnes dari rumah, boleh cuba buat menu tauhu bergedel ini. Rasanya sedap dan pastinya menarik lebih ramai pelanggan.
Hidayati Hana kongsikan resipi ini di facebook group Rasa Share Resipi. Jom kita lihat resipinya.
TAUHU BERGEDEL
BAHAN INTI
Minyak untuk menumis
1 labu bawang holland (potong dadu)
1 pek isi ayam kisar
Garam secukupnya
Daun sup (dicencang)
Lada hitam secukupnya
Lada sulah secukupnya
Ubi kentang (rebus dan lecek)
CARA MEMBUAT INTI
1. Dalam kuali, panaskan minyak masak. Tumiskan bawang holand sehingga layu.
2. Masukkan isi ayam.
3. Apabila ayam telah masak, masukkan garam dan daun sup.
4. Masukkan lada hitam dan lada sulah.
5. Matikan api dan angkat.
6. Ambil bekas besar. Masukkan kentang yang dilenyek tadi.
7. Campurkan kentang lenyek dengan tumisan isi ayam. Gaul rata-rata.
8. Masukkan garam secukup rasa. Gaul lagi. Siap.
BAHAN PENYEDIAAN
Tauhu kering secukupnya
Telur ayam secukupnya
Garam secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT PENYEDIAAN
1. Ambil tauhu. Potong bahagian atasnya.
2. Ambil sejemput inti tadi. Bentukkan bulat-bulat.
3. Masukkan ke dalam tauhu yang telah digunting tadi.
4. Ambil telur ayam dan pukulkan dengan sedikit garam.
5. Panaskan minyak masak.
6. Celupkan tauhu ke dalam telur ayam dan goreng dalam minyak masak yang cukup panas.
7. Angkat apabila tauhu telah garing. Siap!
BAHAN CILI KICAP
Minyak masak untuk menggoreng
Cili padi hijau (bergantung kepada kepedasan yang dimahukan)
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
Garam dan gula
Kicap secukupnya
CARA MEMBUAT CILI KICAP
1. Dalam kuali, panaskan minyak masak.
2. Goreng cili padi hijau, bawang merah dan bawang putih.
3. Angkat apabila cili padi hijau, bawang merah dan bawang putih kelihatan sudah layu.
4. Masukkan ke dalam blender cili padi hijau, bawang merah dan bawang putih.
5. Masukkan juga garam dan gula serta kicap.
6. Kisar semua bahan. Kalau terlalu pekat, masukkan sedikit air panas.
7. Siap.
Selamat mencuba! Selamat berbisnes!
Sumber: Rasa Share Resipi
Lebih Jimat, Begini Cara Buat Golden Ball Homemade Ala Sushi King
Suka makan Golden Ball bila berkunjung ke restoran Sushi? Kini anda boleh hasilkan sendiri hidangan ini di rumah hanya menggunakan resipi perkongsian saudari Joanna Johan. Bahan-bahan yang cukup mudah. Rasa tak sabar nak cuba kan? Jomlah buat. Anda pasti puas hati dengan rasanya.
RESIPI GOLDEN BALL ALA SUSHI KING
BAHAN-BAHAN:
- Crabstick secukupnya
- Mayones – beli online disini
- Sedikit susu segar
- 5 biji telur rebus
- 1/2 cawan tepung gandum – beli online disini
- 3 sudu besar tepung beras – beli online disini
- 3 sudu besar tepung bistari – beli online disini
- Sedikit air
- Serbuk roti – beli online disini
- Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
1.Potong kecil crabstick. Kemudian masukkan air panas, celur sekejap dan toskan.
2. Masukkan mayones dan sedikit susu segar. Gaul rata. Siap. Ketepikan.
3. Kupas telur rebus dan ketepikan.
4. Dalam bekas berasingan, campurkan tepung gandum, tepung beras dan tepung bistari.
5. Campur dengan air biar pekat sikit.
6. Salut telur rebus tadi dalam bancuhan tepung. Angkat.
7. Kemudian golekkan dalam bekas berisi serbuk roti.
8. Panaskan minyak. Pastikan telur tenggelam dalam minyak bila digoreng nanti. (empunya resipi goreng dalam periuk kecil supaya minyak tinggi)
9. Bila sudah kuning keemasan, angkat telur dan belah dua.
10. Sudukan inti crab mayo tadi dengan secukupnya.
11. Golden Ball ala Sushi King sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Joanna Johan
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Roti Expired! Buat Mini Sandwich Frozen Rangup Diluar Lembut Didalam
MINI SANDWICH SARDIN
Roti yang sudah atau hendak expired jangan dibuang. Elak pembaziran jadi olah di jadikan mini sandwich dan boleh dijadikan stok frozen.
- Roti
- Sardin
- Marjerin
- Kulit popia
CARA MENYEDIAKANNYA:
1. Sapukan margerin pada roti.
2. Roti dibahagikan kepada dua bahagian
3. Bubuh inti pada roti. Kali ini guna sardin tapi boleh kalau mahu pakai inti lain. Jangan banyak sangat nanti masa hendak melipat habis inti terkeluar.
4. Roti yang sudah ada inti dilipat dua.
5. Ambil kulit popia, lipatkan roti tadi dan gamkan gunakan bancuhan tepung gandum dengan sedikit air. Kalau nak pakai putih telur pun boleh.
INFO:
- Selepas gam perlu keringk dahulu takut nnt melekat masa nk susun dlm bekas..take noted
- Sudah siap bolehlah susun dalam bekas dan dimasukkan dalam fridge. Jika mahu goreng tinggal ambik sahaja dalam fridge.
- Inti masak macam biasa atau ikut citarasa anda.
KREDIT RESIPI & GAMBAR: Arieza Rieza
ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI:
Buat Stok Sardin Roll Frozen Untuk Makan Sendiri Atau Bisnes
Beef & Tuna Sandwich, 2 Resipi Untuk Sarapan Pagi Yang Penuh Tenaga
Cara-Cara Hasilkan Doh & Inti Karipap Sardin Rangup Resipi Turun Temurun Bonda.