Baru-baru ni sis makan mango cheesecake yang rasanya super sedap. Tiba-tiba tekak rasa teringin lagi. Sis pun cubalah membuatnya, Alhamdulillah percubaan pertama kali berjaya. Anak-anak kata sedap sangat. Inilah resipinya kalau korang nak cuba.

Resipi Mango Cheesecake Lemak Manis. Sedap Dimakan Ketika Sejuk

Resipi untuk biskut:
180gm biskut tiger susu / biskut marie
80gm butter – dicairkan
Untuk cream cheese:
1/2 biji mangga masak -dipotong dadu
250gm cream cheese
150gm whipping cream
60gm gula halus
2 sudu besar serbuk gelatin
3 sudu besar air panas
1 sudu besar jus lemon

Untuk puri mangga:
1 biji mangga masak
1 sudu besar serbuk gelatin
2 sudu besar gula halus ( kalau mangga kurang manis boleh tambah ikut citarasa masing-masing)
3 sudu besar air panas
1 titik pewarna kuning

Cara memasak:
1.Untuk base biskut hancurkan biskut dan campurkan dengan butter yang telah dicairkan tadi.
2.Letakkan ke dalam loyang dan tekan hingga mampat.
3.Masukkn ke dalam peti ais sekejap.

IKLAN

Untuk cream cheese:
1.Putar cream cheese dengan gula hingga lembut.
2.Masukkan whipping cream.
3.Larutkan gelatin dengan air panas hingga sebati dulu dan masukkan dalam adunan.
4.Masukkan jus lemon dan mangga.
5.Gaul sebati.
6.Tuangkan adunan cream cheese tadi ke atas biskut dan masukkan dalam peti sejuk semula.
7.Untuk puri pula,larutkan gelatin dengan air panas dulu dan campurkan semua bahan dalam blender.
8.Blend hingga halus.
9.Bila cream cheese dah agak-agak keras sikit, tuangkan puri mangga tadi.
10.Hiaskan dengan buah mangga yang dah dipotong nipis-nipis untuk membentuk bunga ros.
11.Hiaskan ikut kreativiti masing-masing.
12.Sejukkan dalam peti selama 4-5 jam baru dipotong.
* seeloknya guna loyang yang boleh dibuka tepinya.

Resipi Mango Cheesecake Lemak Manis. Sedap Dimakan Ketika Sejuk
Selamat mencuba.

IKLAN

Kredit: Hidayati Hana

INGIN MEMBELI ACUAN KEK, BOLEH LIHAT DI SINI.

IKLAN

Puding Mangga Susu Nikmat Dimakan Ketika Sejuk

Kek Yogurt Strawberry Cheese Yang Cantik, Sedap & Membuka Selera. Makan Sejuk-Sejuk Lagi ‘Terangkat’!

Kek Span Coklat Susu @ Sponge Milky Chocolate Cake. Gebunyaa…

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI