Salah satu kuih muih Melayu yang digemari ramai. Lepat Jagung ni memang sedap. Manis, lemak dan ada rasa jagung segar. Uniknya, kuih ini dibungkus menggunakan kulit jagung. Memang ‘rare’. Tapi jangan risau, jika tiada kulit jagung tu, boleh je guna daun pisang. Jom cuba! Anda pasti sukakan rasanya.
LEPAT JAGUNG
BAHAN-BAHAN:
- 4 tongkol jagung – disagat
- 1 tongkol jagung – dihiris
- 1 cawan tepung beras
- 1/2 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan tepung jagung
- 1/2 cawan gula
- 2 cawan santan pekat
BAHAN MEMBUNGKUS:
- Kulit jagung untuk membungkus – boleh digantikan dengan daun pisang
CARA MEMASAK:
1. Satukan kesemua bahan-bahan diatas. Adun sebati.
2. Kemudian masak adunan hingga pekat menggunakan api sederhana. Pastikan adunan selalu dikacau.
3. Untuk membungkus lepat, sediakan kulit jagung dan masukkan satu sudu makan adunan tepung tadi.
4. Bungkus kulit jagung dan kemaskan. Panaskan kukusan dan kukus selama 20 minit.
5. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Mas Cotek
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lompat Tikam, Seindah Gabungan Warnanya Sesedap Rasanya
Kuih lompat tikam merupakan kuih tradisi yang popular dalam kalangan masyarakat di pantai timur. Ianya mempunyai dua lapisan atau bahagian iatu lapisan hijau dan putih. Dinikmati bersama pulut merah dan air nisan atau gula melaka.
Mudah sahaja cara membuatnya. Boleh ikuti perkongsian resipi membuat kuih lompat tikam ini daripada Wani Suhaimi yang diperoleh daripada pemilik asal resipi iaitu Siti Mariam Ismail. Enak dinikmati ketika minum petang. Jom kita buat.
KUIH LOMPAT TIKAM
BAHAN-BAHAN:
(LAPISAN HIJAU)
2 cawan tepung beras – Boleh beli online di sini
3 cawan air
1 cawan air daun pandan / pewarna hijau
½ sudu kecil garam
1 sudu kecil air kapur – Boleh beli online di sini
(LAPISAN PUTIH)
1 senduk tepung beras (yang ini saya ganti dengan tepung pulut)
2 cawan santan
½ cawan air
½ sudu kecil garam
(PULUT MERAH)
1 cawan pulut (direndam 1 jam terlebih dahulu) – Boleh beli online di sini
½ cawan air
½ sudu kecil garam
2 sudu besar gula
Pewarna merah
(AIR NISAN / GULA MELAKA)
2 keping nisan/ gula Melaka – Boleh beli online di sini
4 sudu besar gula
1 cawan air
CARA MEMASAK:
(LAPISAN HIJAU)
Gaul rata lapisan hijau di dalam mangkuk dan kemudian tapis. Kecairan mestilah apabila senduk kayu diangkat tinggi, ianya mengalir laju dan tidak melekat pada senduk.
Masak dan kacau jangan berhenti sehingga adunan menggelegak dan pekat.
Kemudian, kecilkan api dan tutup periuk. Biarkan selama 5 minit dan buka periuk. Teruskan mengacau dan ulang sehingga adunan berkilat serta menggelembung.
Tutup api dan masukkan ke dalam bekas. Sejukkan kira-kira 3 jam supaya adunan menjadi keras dan senang dipotong.
(LAPISAN PUTIH)
Masukkan semua bahan dan kacau atas dapur guna api perlahan sampai pekat.
(PULUT MERAH)
Panaskan periuk pengukus dan kukus beras pulut selama 10-15 minit hingga naik wap.
Tutup api dan angkat. Masukkan ke dalam mangkuk.
Kemudian, tuangkan air yang dicampur garam dan gula.
Setelah itu, kukus semula kira-kira 10 minit sehingga naik wap. Angkat dan sejukkan.
(AIR NISAN / GULA MELAKA)
Masak nisan dan gula sehingga hancur. Kemudian sejukkan.
CARA MENGHIDANG:
Potong lapisan hijau dan masukkan ke dalam pinggan.
Masukkan sedikit pulut, kemudian sendukkan lapisan putih ke atasnya.
Akhir sekali, tuangkan gula melaka dan sedia untuk dinikmati.
Kredit Resepi Asal: Siti Mariam Ismail
Kredit: Wani Suhaimi
[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Buat Jamu Tetamu Atau Menu Potluck Dengan Chocolate Heaven Muffin
Paprik Ayam, Satu Lauk Dah Cukup Buat Makan Bertambah-Tambah
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Resipi Kuih Bakar Pandan Sedap Guna Sukatan Cawan.
Sedapnya Kuih Bakar Pandan ni. Lemak-lemak manis memang membuka selera. Nak cuba buat sendiri kuih ni? Jom cuba resipi perkongsian saudari Maizatul Ayub. Boleh hidangkan masa sarapan atau minum petang.
RESIPI KUIH BAKAR PANDAN
BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan tepung gandum
- 2 cawan santan kotak
- 1/4 cawan air
- 1/2 cawan gula pasir – boleh kurangkan kalau tak nak manis
- 2 biji telur
- Secubit garam
- 1 penutup esen vanilla
- 1 penutup perisa pandan
- Sedikit pewarna hijau
- Bijan secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan ( kecuali bijan). Kacau sebati dan masukkan ke dalam pengisar. Kisar hingga halus dan pastikan tidak berketul.
2. Ambil loyang kek cawan atau muffin. Oleskan dengan sedikit minyak atau marjerin.
3. Tuang adunan ke dalam loyang dan tabur bijan dengan secukupnya.
4. Bakar guna suhu 180C selama 25-30 minit menggunakan api atas bawah. Masa mungkin berbeza ikut jenis dan saiz ketuhat masing-masing.
5. Bila Kuih Bakar masak dan kelihatan garing diluar, keluarkan dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Maizatul Ayub
Letak Nasi, Tip Cucur Bilis Rangup & Kekal Lembut Walau Dah Sejuk
Buat cucur bilis nampak macam senang tapi ramai juga yang buat tak menjadi. Selalunya cucur jadi liat dan keras bila sejuk.
Macam macam tip dikongsi bagi memastikan cucur bilis hasilnya bukan saja sedap tapi lembut dan rangup, antaranya menggunakan air panas. Tapi selain dari cara ini satu lagi tip adalah dengan menggunakan nasi sejuk yang dikisar.
Tip cucur bilis lembut, campur nasi kisar dalam adunan
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1 cawan nasi (kisar)
Segenggam ikan bilis (tumbuk kasar)
1/2 biji bawang Holland atau bawang besar (hiris)
Daun bawang,tauge,kucai, cili merah
1 biji telur
Garam,serbuk kunyit,
1 sudu teh baking powder(jika suka)
Air sejuk
Cara membuat:
1. Campur bawang, tauge, kucai, daun bawang, nasi, telur, ikan bilis dalam mangkuk dan kacau dulu.
2. Kemudian tambah tepung dan gaul lagi. Letak sedikit air kalau terlalu pekat.
3. Letak garam, serbuk kunyit dan baking powder (jika mahu).Kacau sebati. Pastikan adunan tak cair nanti sebab nanti cucur akan jadi leper. Mesti pekat macm dalam gambar.
4. Panaskan minyak kemudian ceduk adunan boleh guna jari jemari untuk nak dapat bentuk bulat. Goreng sampai kekuninggan atau garing. Angkat dan hidang waktu masih panas.
Tip
- Jika tak guna baking powder pun tak mengapa janji adunan pekat.
- Boleh juga letak marjerin dalam 2 sudu besar dalam adunan. Cara ini cucur rangup di luar dan lembut di dalam.
Sumber: Noriza Jaja