Di hujung minggu sebegini, memang sesuai sangat kalau cuba masak menu yang luar dari kebiasaan. Bagi anda yang gemarkan sajian dari Timur Tengah, set Nasi Mandy Ayam mudah ni pastinya perlu dicuba. Ringkas dan kena dengan citarasa Melayu. Selamat mencuba!

 

NASI MANDY AYAM

 

BAHAN AYAM:

  • 1 ekor ayam – belah 2 dan di cuci bersih
  • 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil serbuk kabsa – boleh beli di kedai makanan sunah @ gantikan dengan rempah kurma
  • 2 biji bawang besar-hiris bulat
  • Sedikit pewarna kuning/saffron
  • Aluminium foil.

 

IKLAN

CARA MEMASAK:

  1.  Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dalam 15 minit.
  2. Alaskan dulang pembakar dengan aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.
  3. Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250’C selama 1 jam. Pada 10 minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas.

 

BAHAN NASI:

  • 4 cawan beras basmathi – rendam 20 minit dan toskan
  • 3 sudu besar minyak sapi)
  • 4 ½  cawan air atau secukupnya
  • 1 biji bawang besar – hiris halus
  • 3 ulas bawang putih –  hiris halus
  • 2.5cm  halia – hiris halus
  • 1/3 cawan kismis
  • Rempah tumis 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
  • Sedikit pewarna kuning
  • Garam secukup rasa

 

IKLAN

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga kekuningan.
  2. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
  3. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam periuk nasi elektrik.
  4. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
  5. Bila nasi kering, buat lubang di tengah nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar.
  6. Tutup tudung periuk selama 2 minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
  7. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
  8. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau nasi dan masak nasi sehingga masak.

 

BAHAN SOS:

  • 1 biji tomato -hiris
  • 5 biji cili besar hijau – hiris
  • 1 tangkai batang ketumbar – halus
  • Garam, gula
  • Jus perahan lemon secukupnya

CARA MEMBUAT:

IKLAN
  1. Masukkan semua bahan dalam pengisar.
  2. Kisar, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.

 

Cara-Cara Masak Nasi Mandy Lengkap Bersama Ayam & Sos. Resipi Mudah & Sedap!

INFO CHEF: Semasa bakar ayam, ia  akan mengeluarkan air. Selepas 45 @ 50 minit, buka foil dan keluarkan air tersebut.  Campurkan air dengan saffron atau pewarna kuning.

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI