Lasagna merupakan makanan masakan Itali, namun ianya kini digemari oleh semua. Rupanya, ada cara buat lasagna yang sangat senang menggunakan roti.

Nak Makan Sedap Tapi Bajet, Lasagna Guna Roti Ni Memang Sesuai!

Nak Makan Sedap Tapi Bajet, Lasagna Guna Roti Ni Memang Sesuai!

LASAGNA ROTI

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 12 keping roti
  • 3 biji telur
  • 200 ml susu segar
  • 8 keping keju
  • 1 cawan Mozzarella cheese (diparut)
  • 1 cekak daun sup
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • 4 sudu besar sos lada hitam
  • 4 sudu besar sos tomato
  • 300 gram daging cincang
  • 3 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 biji bawang besar (dicincang)
  • 1 cubit garam dan gula

 

IKLAN

CARA MENEYDIAKAN:

IKLAN

Inti Daging

  1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau.
  2. Masukkan daging dan masak sehingga daging empuk.
  3. Masukkan sos lada hitam, sos tomato dengan sedikit air.
  4. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  5. Masukkan daun sup dan cili merah.
  6. Masak sehingga daging masak dan kering.
  7. Ketepikan dan biarkan inti daging sejuk.

Lasagna Roti

  1. Sapukan keseluruhan loyang dengan mentega.
  2. Pukul telur dan susu sehingga sebati.
  3. Celup roti ke dalam bancuhan susu tadi dan susun ke dalam bekas sehingga penuh.
  4. Tuangkan separuh dari inti tadi ke atas roti dan ratakan.
  5. Susun kepingan keju ke atas daging.
  6. Ulangi dan tambah lagi satu lapis roti dan daging.
  7. Akhir sekali, taburkan parutan keju Mozzarella di atas lapisan atas sekali.
  8. Jika ada lebihan telur, siramkan di atas roti.
  9. Bakar pada suhu 180ºC lebih kurang 40 minit.

Kredit: Mimie Ali

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI