Bagi penggemar sajian Lasagna, resipi perkongsian saudari Cik Daa ini antara yang mudah dan boleh dicuba. Bahan-bahannya mudah sahaja.  Lasagna ini menggunakan roti sandwic sebagai asasnya dan dilapisi dengan sos daging dan juga keju yang enak. Fuhhh..memang memikat. Sangat berbaloi untuk dicuba.

CARA MASAK LASAGNA ROTI DAGING & KEJU

Resipi Lasagna Roti Daging Berkeju Mudah Untuk Makan Malam

BAHAN-BAHAN:

  • 4 keping daging burger  – leraikan
  • 2 biji telur
  • 8 keping roti sandwich 
  • 2 sudu besar serbuk lada hitam Maggi – sukatan membukit dan bancuh dengan 2 sudu makan air
  • 1 cawan susu segar
  • 1 batang lobak merah – potong dadu 
  • Cendawan butang – potong dadu beli online disini
  • Daun sup
  • 2 biji bawang putih – cincang halus beli online disini
  • 1 biji bawang besar  – potong dadu beli online disini
  • Garam secukupnya
  • Minyak masak untuk menumis

BAHAN TABUR:

  • Keju cheddar ( block)
  • Keju cheddar (keping)
  • Keju mozarella
  • Italian herbs secukupnya

Resipi Lasagna Roti Daging Berkeju Mudah Untuk Makan Malam

CARA MEMASAK:

1.Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau. Masukkan serbuk lada hitam. Kacau dan biarkan seketika. Guna api kecil.

2. Masukkan lobak merah, cendawan, daun sup dan daging burger. Perasakan dengan garam. Masak hingga daging dan sayur tu empuk dan kering.

3. Dalam bekas lain, masukkan susu segar dan pecahkan telur. Kacau sebati.

 

IKLAN

CARA MELAPIS ROTI:

1. Guna loyang yang sesuai. Sapu marjerin/mentega sebab tak nak bagi melekat.

2. Potong bahagian reja /tepi roti. Jika tak nak potong pun tak apa.

3. Ambil 2 keping roti dan celup ke dalam bancuhan susu segar+ telur tadi. Susun ke dalam loyang. (Bergantung kepada saiz loyang masing-masing. Loyang sayamuat 2 keping)

4. Tabur inti daging hingga tertutup permukaan roti. Letakkan 2 keping keju cheddar slice.

Resipi Lasagna Roti Daging Berkeju Mudah Untuk Makan Malam

5. Ulang step 2-3 hingga habis roti. Lapisan paling atas adalah lapisan daging.

IKLAN

6. Bila dah siap, tabur mozzarella cheese, cheddar block dan cheddar slice sebanyak mana yang kita suka.

Resipi Lasagna Roti Daging Berkeju Mudah Untuk Makan Malam

7. Tabur sedikit Italian Herbs. Kalau ada lebihan bancuhan telur tadi, boleh siram ke atas keju.

8. Panaskan dulu oven 180c. Kemudian bakar lebih kurang 40minit/180c hingga perang dan garing.

Resipi Lasagna Roti Daging Berkeju Mudah Untuk Makan Malam

9. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

IKLAN

Kredit resipi & foto: Cik Daa

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Resipi Pulut Panggang Inti Ikan. Sajian Enak, Sesuai Untuk Minum Petang

Kak Mas Kongsi Resipi Pajeri Nanas Sedap & Kuah Pekat Tanpa Guna Santan

Resipi Mi Kari Chinese Style Yang Sedap. Berbaloi Cuba.

Resipi Tosei Homemade Sedap Buat Guna Lebihan Nasi Sejuk.

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

https://www.youtube.com/watch?v=BFz1RMHqSmU

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI