Kuih Tako sememangnya jadi kegemaran ramai di bulan puasa. Pernah cuba Kuih Tako Sagu Jagung? Sama enaknya dengan Kuih Tako biasa tu. Teksturnya yang lembut, manis dan ada rasa ketulan jagung menjadikan ia antara kuih yang mendapat permintaan ramai. Nak cuba buat sendiri Kuih Tako Sagu ni? Jom cuba resipi perkongsian Opah Mas Cotek. Pasti menjadi dan puas hati.

 

CARA MEMBUAT KUIH TAKO SAGU JAGUNG

Cara Buat Kuih Tako Sagu Jagung Yang Sedap & Tak Guna Banyak Bahan

BAHAN-BAHAN SAGU:
1/2 cawan sagu beli online disini
2 cawan air
1/2 cawan jagung manis beli online disini
2 helai pandan – disimpul

CARA MEMASAK:
1.Didihkan air bersama daun pandan.
2. Masukkan sagu, kacau sebati.
3. Kemudian masukkan jagung. Masak lagi sehingga sagu menjadi jernih.
4. Tuang sagu ke dalam acuan atau kelongsong atau bekas yang bersesuaian.
5. Sejukkan sagu. Ketepikan seketika.

IKLAN

 

BAHAN KEPALA SANTAN:
250ml santan (dari sebiji kelapa parut)
2 sudu makan tepung jagung beli online disini
4 sudu makan gula beli online disini
1/2 sudu teh garam beli online disini

CARA MEMASAK:
1.Dalam periuk, satukan kesemua bahan hingga sebati. Tapis jika perlu.
2. Kemudian masak dengan menggunakan api sederhana sehingga mendidih dan pekat.
3. Tuang ke atas adunan sagu tadi dan sejukkan.4. Kuih Tako Sagu siap untuk dihidangkan.

Cara Buat Kuih Tako Sagu Jagung Yang Sedap & Tak Guna Banyak Bahan

IKLAN

Kredit resipi & foto: Mas Cotek

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Chef Kongsi Resipi Daging Goreng Thai Yang Sedap & Mudah Masak

IKLAN

Cara Masak Kari Ayam Kentang Sedap Tanpa Guna Bawang Kisar

Koleksi Resipi Sayur Masak Bening Yang Sedap, Ringkas & Mudah Masak

Resipi Murtabak Daging & Kuah Cuka Bawang Macam Di Bazar Ramadan

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

https://www.youtube.com/watch?v=v3eeN-RSiVQ

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI