Bagi yang baru nak belajar buat kuih Seri Muka, boleh cuba resipi perkongsian saudari Wan Siti Halijah Dzulkifly ni. Caranya mudah dan boleh kukus guna acuan kuih lompang. Senang kan? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

 

CARA MASAK KUIH SERI MUKA MINI GUNA ACUAN LOMPANG

Resipi Kuih Seri Muka Mini. Sedap, Mudah & Tak Perlu Kukus Lama

BAHAN BAWAH:

  • 1 cawan beras pulut
  • 1 cawan santan cair
  • 1 sudu makan minyak masak
  • Secubit garam

CARA MEMASAK:
1. Rendam beras pulut selama 1 jam. Kemudian toskan air dan masukkan ke dalam periuk nasi bersama bahan-bahan yang lain.

2. Bila pulut dah masak, masukkan ke dalam acuan lompang. Tekan pulut hingga padat menggunakan satu lagi acuan lompang yang telah dibalut plastik. Tidak perlu sapu minyak kerana pulut dah seakan berminyak.

 

IKLAN

BAHAN UNTUK LAPISAN ATAS:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan santan pekat
  • 3 sudu makan tepung ubi
  • 1 cawan air pandan (1 cawan air kisar dengan 5 helai daun pandan)
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan gula – lebihkan jika nak lebih manis
  • 1/2 sudu teh kulit kayu manis
  • 1/2 sudu teh jintan manis
  • Secubit garam dan pewarna hijau

 

CARA MEMASAK:
1. Satukan santan, telur dan gula. Kacau hingga sebati barulah dimasukkan semua bahan-bahan yang lain.
2. Masak atas dapur seketika sehingga naik wap.
3. Tapis bancuhan kemudian tuang ke dalam acuan lompang yang telah dimasukkan pulut tadi.

Resipi Kuih Seri Muka Mini. Sedap, Mudah & Tak Perlu Kukus Lama
4. Kukus kuih selama 30 minit. Bila sampai 5 minit terakhir, buka penutup dan kukus tanpa penutup. Ia bertujuan untuk mengeringkan air.

Resipi Kuih Seri Muka Mini. Sedap, Mudah & Tak Perlu Kukus Lama
5. Sejukkan kuih dan boleh dikeluarkan dari acuan. Sedai untuk dinikmati.

IKLAN

Resipi Kuih Seri Muka Mini. Sedap, Mudah & Tak Perlu Kukus Lama
6. Sedia untuk dinikmati.

Anggaran jumlah kuih: 30 biji / acuan lompang

 

Kredit resipi & foto: Wan Siti Halijah Dzulkifly

 

IKLAN

Tercari-cari PERIUK KUKUSAN yang murah & berkualiti? Boleh pilih DISINI.

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

https://www.rasa.my/koleksi-resipi-lauk-pauk-bajet-mudah-masak-sedap/
https://www.rasa.my/kompilasi-resipi-lauk-masak-lemak-sedap-mudah-buka-selera/
https://www.rasa.my/aneka-resipi-telur-dadar-yang-diolah-lebih-sedap-mudah-masak/

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI