Bagi penggemar sajian kuih tradisional, resipi Kuih Bingka Kelapa atau dalam dialek Kelantan dipanggil Beko Nyor perkongsian saudari Nor Azliza Mohamed ini adalah antara resipi yang anda perlu cuba. Sangat mudah cara penyediaannya malah rasanya juga sangat sedap. Sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Kelapa yang digunakan adalah kelapa mudah yang isinya hampir keras. Memang sangat membuka selera. Cubalah. Anda pasti sukakan rasanya.

 

CARA MASAK KUIH BINGKA KELAPA/ BEKO NYOR / BEKO KELAPA

Resipi Kuih Bingka Kelapa Sedap. Bakar Guna Loyang Muffin & Oven Je

BAHAN-BAHAN:
3 cawan kelapa muda parut
2 cawan tepung pulut beli online disini
1/2 cawan gula beli online disini
1 biji telur
1 cawan air @ secukupnya
Secubit garam
Sedikit minyak masak – untuk sapuan pada acuan

CARA MEMASAK:
1. Campurkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) ke dalam bekas bersesuaian.
2. Kacau hingga semua bahan sebati. Air perlu dituang sedikit demi sedikit sambil adunan dikacau hinggalah mendapat adunan yang tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.

Resipi Kuih Bingka Kelapa Sedap. Bakar Guna Loyang Muffin & Oven Je
3. Panaskan ketuhar pada suhu 200C. Pada masa yang sama oleskan minyak ke dalam acuan muffin.
4. Sudukan adunan Kuih Bingka Kelapa dengan secukupnya.

IKLAN

Resipi Kuih Bingka Kelapa Sedap. Bakar Guna Loyang Muffin & Oven Je
5. Bakar selama 20-25 minit atau sehingga kuih masak dan sedikit keperangan.
6. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

Resipi Kuih Bingka Kelapa Sedap. Bakar Guna Loyang Muffin & Oven Je

Kredit resipi & foto: Nor Azliza Mohamed

 

IKLAN

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Mudahnya Resipi Nasi Ayam Claypot Yang ‘Super Simple’ & Sedap

Resepi Sambal Ikan Bilis Nasi Lemak Paling Simple Tapi Sedap

Buat Sendiri Muffin Coklat Cip Sedap & Gebu Tanpa Guna Tepung Premix

IKLAN

Resipi Nasi Goreng Tomyam Sedap. Sekali Cuba Ni Tak Makan Kedai Dah

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI