Kuih bakul merupakan hidangan bagi kaum Cina yang diperbuat daripada tepung pulut dan gula sebelum ia dibentukkan seperti dodol. Bila tiba musim perayaan Tahun Baru Cina, Kuih Bakul antara manisan yang wajib ada dan ditunggu-tunggu oleh seluruh kaum untuk menikmatinya. Namun ada kalanya, agak susah nak jumpa Kuih Bakul yag dihasilkan oleh orang muslim. Jadi bagi anda yang nak cuba buat sendiri, resipi perkongsian saudari Hidjrah Ali ni boleh dicuba.

RESIPI KUIH BAKUL HOMEMADE

Resipi Kuih Bakul Homemade Yang Kenyal & Sedap, Yang Penting Halal

 

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm tepung pulut (sebungkus) – beli online DISINI
  • 190gm gula pasir
  • 400gm gula merah – beli online DISINI
  • 500ml air
  • 200ml santan – beli online DISINI
  • Beberapa helai daun pisang

Resipi Kuih Bakul Homemade Yang Kenyal & Sedap, Yang Penting Halal

 

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Masukkan gula pasir, gula merah serta air ke dalam periuk. Kacau sehingga larut dan biarkan sejuk.
  2. Sementara itu, masukkan tepung pulut ke dalam mangkuk.
  3. Tuangkan larutan gula dan santan tadi ke dalam tepung pulut. Kacau sehingga sebati.
  4. Masukkan adunan tepung pulut yang telah sebati itu ke dalam kuali dan kacau sehingga adunan menjadi likat.
  5. Sementara itu, alas tin dengan daun pisang, pastikan daun pisang melebihi bahagian atas tin agar mudah mengikatnya di sekeliling tin. (daun pisang dikelepetkan ke bawah)
  6. Didihkan air dalam periuk kukusan dan kecilkan api.
  7. Tuangkan adunan ke dalam tin yang telah dialas tadi. Kukus selama 8 jam. Pastikan air yang ditambah ke dalam pengukus adalah air mendidih.
  8. Penutup kukus hendaklah dibungkus dengan beberapa lapisan kain muslin/kain kasa/ pembalut aluminium agar wap air tidak meniti ke atas kuih.
  9. Bila cukup masa, angkat kuih dan sejukkan. Sedia untuk dinikmati.

Resipi Kuih Bakul Homemade Yang Kenyal & Sedap, Yang Penting Halal

 

Kredit resipi & foto: Hidjrah Ali

 

IKLAN

Anda mencari PENGUKUS? Boleh cari DISINI.

 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

IKLAN

Cara Mudah Nak Buat Apam Nasi Yang Lembut & Sedap

Kuih Tiram Jelita Rangup Dan Menarik Warna, Buat Tak Henti Makan

Resipi Kuih Asam Gumpal. Menu Minum Petang Mudah Buat Masa PKP

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI