Resipi kuah kacang yang mudah dan cepat disediakan. Memang sedap dinikmati bersama nasi impit. Lebih istimewa didalam kuah kacang ada hirisan daging.

 

KUAH KACANG DAGING

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 500gm kacang tanah tumbuk segera | boleh diperolehi di pasaraya utama
  • 150gm daging | hiris nipis
  • 200ml santan
  • 200ml air
  • 4 sudu makan pes cili
  • Satu sudu makan air asam Jawa
  • Garam dan gula secukup rasa.
  • Minyak masak untuk menumis

 

BAHAN KISAR:

IKLAN
  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 2cm lengkuas
  • 2cm halia

 

IKLAN

CARA MEMASAK:

  1.  Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga wangi.
  2.  Masukkan pes cili, kacau rata hingga pecah minyak.
  3.  Masukkan pula daging, kacau rata.
  4.  Seterusnya masukkan kacang kisar, diikuti air.
  5.  Kacau rata hingga mendidih.
  6.  Tambahkan santan, air asam jawa garam dan gula secukupnya.
  7.  Kacau hingga kuah pekat dan pecah minyak.

 

https://youtu.be/B6z9SOWV82U

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI